Pengalaman dan Persepsi Guru Pendidikan Khas Terhadap Pendekatan Pedagogi Terbeza: Satu Kajian Kes
List of Authors
  • Mohd Norazmi Nordin, Suhaibah Abd Wahid

Keyword
  • Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Pedagogi Terbeza, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), Efikasi Kendiri Guru

Abstract
  • Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan pedagogi terbeza dalam konteks Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan memberi tumpuan kepada pengalaman, persepsi, cabaran dan strategi guru pendidikan khas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kajian kes melibatkan enam orang guru pendidikan khas dari tiga buah sekolah PPKI di Segamat, Johor dengan data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru melaksanakan pedagogi terbeza secara sistematik melalui penyesuaian kandungan, proses dan produk pembelajaran berdasarkan tahap kesediaan, keupayaan dan profil Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), sekali gus meningkatkan akses pembelajaran, penglibatan murid dan kestabilan emosi dalam bilik darjah. Walaupun guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pedagogi terbeza dan melihatnya sebagai pendekatan yang adil serta bermakna, pelaksanaannya berdepan cabaran seperti kekangan masa perancangan, beban kerja yang tinggi, kepelbagaian MBPK, kekurangan bahan adaptif dan teknologi, serta sokongan institusi dan ibu bapa yang tidak konsisten. Kajian ini turut mendapati bahawa keyakinan guru memainkan peranan penting sebagai pemangkin atau penghalang kepada pelaksanaan pedagogi terbeza. Bagi mengatasi cabaran tersebut, guru mengamalkan pelbagai strategi adaptif termasuk tugasan berperingkat, scaffolding individu, kolaborasi profesional melalui komuniti pembelajaran, penggunaan teknologi asas dan refleksi profesional berterusan. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa keberkesanan pedagogi terbeza dalam pendidikan khas memerlukan penjajaran antara kompetensi guru dan sokongan sistemik sekolah bagi memastikan pendekatan ini dapat dilaksanakan secara konsisten dan berkesan dalam realiti bilik darjah PPKI.

Reference
  • No References Recorded