Pandangan pelajar tentang penggunaan Ayat Al-Quran kepada pelajar bukan Islam semasa pengajaran Kursus Komunikasi Dan Penyiaran Islam
List of Authors
Nurul Fuaddi Sulaiman , Wahidah Mat Said
Keyword
Ayat Al-Quran, Pelajar Islam, Pelajar bukan Islam, Sesi pengajaran
Abstract
Kursus Komunikasi Dan Penyiaran Islam (DUA 6022) adalah kursus yang ditawarkan kepada pelajar Semester 5 dan semester 6. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapat pandangan pelajar tentang kesesuaian penggunaan ayat Al-Quran kepada pelajar bukan Islam semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang digunakan didalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kumpulan sasaran melibatkan.65 orang pelajar Islam dan 8 orang pelajar bukan Islam dari pelbagai jabatan. Data yang dikumpul menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajian dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan program spss versi 21. Berdasar set soalan kaji selidik, dapatan kajian mendapati keseluruhan pelajar bersetuju dengan penggunaan ayat al-Quran walaupun kepada pelajar bukan Islam semasa pengajaran.
2. Mohd Roslan & Imam. (2011). Iqbal Philosophy on Islamic Education: A Historical Perspective. Global Journal Al Thaqafah. 1(1): 15 – 24. doi 10.7187/GJAT022011.01.01.
3. P Rameli, M.F (2016) Modul Islam dan hubungan Etnik. Melaka: Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).
5. Sarimah, Mohd Kashfi, Ab Halim & Kamarulzaman. (2011). Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Selangor. Global Journal Al Thaqafah. 1(1): 71-77.doi :10.7187/GJAT072011.01.01.
6. Tajul Ariffin & Noraini. (2002). Pendidikan dan pembangunan Manusia. Pendidikan Bersepadu. AsSyabab Media: Selangor.