Kajian ini adalah untuk menyiasat tahap kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan di kalangan pelajar semester tiga Diploma Akauntansi Politeknik Hulu Terengganu. seramai 34 orang. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti minat pelajar-pelajar terhadap bidang keusahawanan, mengenalpasti sumber dorongan pelajar-pelajar dan mengenalpasti pemantapan budaya keusahawanan yang diterapkan kepada pelajar-pelajar semester tiga Diploma Akauntansi Politeknik Hulu Terengganu. Daripada kajian yang telah dijalankan ini didapati bahawa kesemua pelajar menunjukkan kecenderungan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang keusahawanan. Dapatan kajian tersebut menunjukkan skor min yang tertinggi adalah sebanyak 4.03 di mana pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memulakan dan mengendali perniagaan. Pelajar juga didapati mempunyai sumber dorongan yang tinggi terhadap keusahawanan. Sumber dorongan yang menarik bagi pelajar adalah ketidakpuasan terhadap pekerjaan dahulu yang menunjukkan skor min sebanyak 4.21. Hasil daripada soalselidik yang telah dijalankan, skor min keseluruhan menunjukkan bahawa kebanyakkan program-program yang dilaksanakan dapat membudayakan keusahawanan di kalangan responden.