Hubungan Efikasi Kendiri Dan Kepuasan Kerja Guru Pendidikan Khas Sekolah Rendah Di Negeri Melaka
List of Authors
  • Manisah Mohd Ali, Wong Tien Jann

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Abstrak: Efikasi kendiri guru bermaksud guru yakin pada diri sendirinya dalam keupayaannya untuk memberikan pengajaran yang efektif dan memberi manfaat kepada murid. Kepuasan kerja merupakan perasaan seseorang individu terhadap pekerjaannya. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk menentukan hubungan antara tahap efikasi kendiri guru pendidikan khas dengan tahap kepuasan kerja guru pendidikan khas sekolah rendah negeri Melaka. Seramai 217 orang guru pendidikan khas di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah rendah negeri Melaka telah dipilih menjadi sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan sisihan piawai dan skor min untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri dan kepuasan kerja guru manakala korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri dengan kepuasan kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap efikasi kendiri dan kepuasan kerja guru pendidikan khas di sekolah rendah negeri Melaka adalah tinggi iaitu mencapai nilai skor min 4.10 dan nilai skor min 3.93. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap efikasi kendiri dan tahap kepuasan kerja dengan nilai signifikan p = .000 dan nilai pekali r = 0.468. Guru pendidikan khas dalam kajian ini  mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam melaksanakan amanah mereka sebagai seorang guru pendidikan khas dan mereka berpuas hati dengan status pekerjaan mereka.

     

    Kata Kunci: efikasi kendiri; kepuasan kerja; guru pendidikan khas; Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


Reference
  • No Data Recorded