Tahap penggunaan Instagram dalam kalangan pelajar di Universiti Putra Malaysia
List of Authors
  • Norazlah Mat Il , Normaliza Abd Rahim

Keyword
  • Instagram, media sosial, pelajar universiti

Abstract
  • Kajian ini memberi fokus kepada tahap penggunaan Instagram yang dalam kalangan pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika melayari akaun Instagram. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan tahap penggunaan Instagram terhadap akaun sendiri, ruangan komen dan akaun pengguna lain dalam kalangan 100 orang pelajar dari pelbagai kaum dan tahun pengajian yang mengikuti program sarjana muda di UPM. Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik yang mengandungi 15 item dan juga kaedah temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan Instagram terhadap akaun sendiri adalah tidak menggalakkan kerana kebanyakan pelajar tidak sempat mengemas kini akaun disebabkan oleh faktor kesibukan dengan kuliah. Oleh itu, mereka hanya melayari untuk melihat akaun pengguna lain dan membaca serta membalas komenkomen yang terdapat dalam akaun sendiri jika ada masa terluang dan secara tidak langsung dapat berkomunikasi dengan pengguna lain di alam maya. Kajian akan datang diharapkan akan bertumpu kepada laman sosial yang lain pula.

Reference
  • 1. Ahlqvist, Toni; Back, A., Halonen, & M., Heinonen, S. (2008). “Social Media Roadmaps Exploring the Futures Triggered by Social Media”. VTT Tiedotteita - Valtion Teknillinen Tutkimuskeskus (2454): 13. Technical editing Leena Ukskoski.
    2. Al-Bahrani, A., & D. Patel. (2015). Incorporating Twitter, Instagram, and Facebook in Economics Classrooms. The Journal of Economic Education, 46(1): 56-67, 2015. Copyright © Taylor & Francis Group LLC.
    3. Andreas M, K. & Michael, H. (2010). Users of the world, unite! The challenges and opportunities of social media, Business Horizons, 53(1): 61. Kelly School of Business, Indian University.
    4. Dellavalle, R. R. (2014). Dermatology on Instagram. Dermatologi online Journal Volume 20 Number 7.
    5. Digital Marketing Stats/ Strategy/ Gadget (Oktober 2015) http://expandedramblings. com/index.php/important-instagramstats/5/ (diakses pada 30 Oktober 2015).
    6. Hu, Y., Mankikonda, L., & Kambhamati, S. (2014). What We Instagram: A First Analysis of Instagram Photo Content User Types. Proceedings of the Eight International AAAI Conference on Weblogs and Social Media. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    7. Ika Destina, Ali Salam. & Helmi Abd Rahim. (2013). Penerimaan Media Sosial: Kajian Dalam Kalangan Pelajar di Universiti Palembang. Jurnal Komunikasi, Malaysia Jurnal of Communication, 29(2): 125-140. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    8. Katz, E., Blumler, J. G., & Gurevitch, M. (1973- 1974). Uses and gratifications research. The Public Opinion Quarterly, 37(40): 509- 523. Published by: Oxford University Press on behalf of the American Association for Public Opinion Research.
    9. Lee Hui Er, Normah Mustaffa & Ali Salman. (2014). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Remaja Lembah Klang untuk Terus Membaca dan Membeli Melalui Pengiklanan Facebook. Jurnal Komunikasi, Jilid 30(1): 229-250.
    10. Noor Azlinda Zainal Abidin. (2014). Kelantangan di laman media sosial bukti emosi atasi ilmu. Berita Harian bertarikh 21 November 2014 (Jumaat) ruangan RENCANA.
    11. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Written Discourse in Digital Audio Folklore. Man in India. 97(2): 491-499.
    12. Normaliza Abd Rahim. (2014a). Wacana Bahasa. Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT.
    13. Normaliza Abd Rahim. (2011). Analisis Wacana Tulisan di Laman Twitter dalam Kalangan Pelajar Universiti. Journal Sains Sosial dan Pengurusan Teknologi UMP. 3: 1-11.
    14. Normaliza Abd Rahim. (2014b). Learning through Blog Writing: Embracing the New Technology. Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT.
    15. Normaliza Abd Rahim, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi & Awang Azman Awang Pawi. (2017). Dissemination of Values and Culture through the E-Folklore. The Turkish Online Journal of Educational Technology. 16(1): 32-36.
    16. Siti Ezaleila Mustafa. (2015). Friend and Unfriend”: Persahabatan di Laman Sosial. Prosiding 2nd International Conference on Media and Society. Kota Samarahan: UNIMAS.
    17. Uma Sekaran. (2000). Research Methods for Business: A Skill-building approach. New York, NT: Wiley.