Realiti dan fantasi Catfish: kajian kes ke atas ibu tunggal di Kota Kinabalu, Sabah
List of Authors
  • Aisah Hossin , Mohd Hanafi Jumrah

Keyword
  • Catfish, jenayah cinta maya, ibu tunggal, mangsa dan media sosial

Abstract
  • Dekad ini, perkembangan medium komunikasi yang semakin rancak telah menguasai kehidupan manusia dan secara tidak sedar dianggap sebagai alat yang dianggap penting dan menjadi keperluan semasa tanpa mengira peringkat umur. Keperluan medium komunikasi ini memberi satu paradigma baharu kepada manusia sejagat dalam meyebarluaskan keperluan mereka baik dari aspek pergaulan, perniagaan dan juga jaringan sosial. Namun, apa yang menjadi kebimbangan adalah apabila medium komunikasi ini disalah gunakan sehingga ianya mengundang kepada kerugian dan bertukar kepada jenayah. Justeru, kajian ini cuba mengupas berkenaan dengan jenayah cinta maya dalam mengungkap realiti dan fantasi catfish semasa menjerat mangsanya khususnya golongan ibu tunggal. Penelitian ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan secara temu bual mendalam bersama lebih kurang 15 orang ibu tunggal yang dipilih menggunakan persampelan bola salji disamping permerhatian di lapangan. Hasil penelitian menunjukkan bahawa kesedaran terhadap bahana jenayah cinta maya adalah tinggi namun fantasi catfish menyukarkan mereka untuk keluar daripada kepompong tersebut sehingga akhirnya turut menjadi mangsa.

Reference
  • 1. Ahmad Safwan Hamsi, Farrah Diana Saiful Bahry, Siti Noraini Mohd Tobi dan Maslin Masrom. (2015). Cybercrime over Internet Love Scam in Malaysia: A Discussion on the Theoritical Perspectives, Connecting Factor and Keys to the Problem. Journal of Management Research ISSN 1941-899X 2015, Vol. 7, No. 2.

    2. Audrey Vijaindren. (2017). Love Scam: Spinning a Web of Deceit. New Strait Times keluaran edisi 11 Jun 2017.

    3. Azianura Hani Shaari, Yeap Yoke Peng, & Mohammad Rahim Kamaluddin. (2018). Jenayah Cinta Siber. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    4. Bernama. (2016). Wanita dilanda krisis rumah tangga cenderung jadi mangsa ‘love scam’. MStar edisi 14 September 2016.

    5. Bernama. (2018). Elakkan diri daripada Menjadi Statistik Jenayah Siber. Diakses pada 05 Mei 2020 melalui https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-clippings/elakkan-diri-daripada-menjadi-statistik-jenayah-si.

    6. Consumers International. (2019). Social Media Scams: Understanding The Consumer Experience to Create a Safer Digital World. Dalam. https://www.consumersinternational.org/media/293343/social-media-scams-final-245.pdf diakses pada 02 Oktober 2019.

    7. Habermas, J. (1989). The Structural Transformation of the Public Sphere. Britain: Polity Press.

    8. Khadijah Alavi dan Mohammad Syahrul Azha Sooed. (2018). Love Scam Di Selangor: Satu Penerokaan Terhadap Modus Operandi Jenayah Siber Ke Atas Wanita Profesional. Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 21 (September) 2018: 105-122.

    9. Koon, T.H. dan Yoong, D. (2013). Preying on Lonely Heart: A Systematic Deconstruction of an Internet Romance Scammers Online Lover Persona. Journal of Modern Languages 23 (1), 28-40.

    10. Rege, A. (2009). What’s Love Got to do with it: Exploring Online Dating Scams and Identity Fraud. International Journal of Cyber Criminology (IJCC), 3(2), 494-512.

    11. Rickless Das, Ferlis Bullare dan Habibie Ibrahim. (2014). Penggunaan Internet dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Subjektif dalam Kalangan Remaja: Perbandingan Peranan Tanggungjawab Jenis-jenis Gaya Keibubapaan. Prosiding Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014 pada 11 Disember 2014, no. ISBN: 9789670582320. Kota Kinabalu Universiti Malaysia Sabah.

    12. Rushdina Rashid dan Hasnah Ali. (2014). Implikasi Media Sosial Terhadap Masyarakat dalam Buletin Persatuan Wanita UKM Bil. 69 ISSN 19857713. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    13. Siti Ezaleila Mustafa. (2016). Penggunaan Laman Sosial Dan Impaknya Terhadap Hubungan Persahabatan Dalam Talian. Jurnal Komunikasi Jilid 32 (2) 2016: 65-81.

    14. Mohd Aizat Shamsuddin. (2019). Jenayah Siber Membimbangkan. Berita Harian Edisi Sabtu, 2 November 2019.

    15. Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof dan Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. Jurnal Sosial Sains dan Kemanusiaan (eBangi) Vol. 12, No. 3 (2017), 023 ISSN: 1823-884x.

    16. Mohammed M. Elsobeihi dan Samy S. Abu Naser. (2017). Effect of Mobile Technology on

    17. Human Relationships. International Journal of Engineering and Information Systems (IJEAIS), ISSN: 2000-000x, Vol. 1 Issue 5, July-2017, pages: 110-125.

    18. mStar. (2016). Jenayah 'Cinta Siber' Membimbangkan. mStar edisi 9 Mac 2016.

    19. Muhamad Asyraf Ahmad Termimi, Muhammad Ikhlas Rosele, Khairul Azhar Meerangani, Syamsul Azizul Marinsah dan Mohd Anuar Ramli. (2013). Jenayah Siber: Pengelasan Di Antara Al-Jaraim Dan Al-Jina’i Menurut Sistem Perundangan Islam. Prosiding International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society, 30 November - 1 December 2013, Kuala Terengganu, No. ISBN, 9839842668, 9789839842661.

    20. Yang, C., Brown, B.B. & Braun, M. T. (2013). From Facebook To Cell Calls: Layers Of Electronic Intimacy In College Students’ Interpersonal Relationships. New Media & Society 16 (1): 5-23. Doi 10.1177/1461444812472486.