Laksamana Wan Ismail bin Wan Muhammad Long: Pahlawan Kedah di Kerian dalam Perang Musuh Bisik 1821 - 1842
List of Authors
  • Shukri Janudin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Laksamana Wan Ismail bin Wan Muhammad Long atau Panglima Ismail merupakan salah seorang dari ribuan pahlawan negeri Kedah yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negeri tersebut sepanjang berlangsungnya peperangan di antara Kedah dan Siam pada tahun 1821 sehingga 1842 yang juga dikenali sebagai Perang Musuh Bisik. Peperangan ini menyaksikan Kedah telah ditakluki oleh tentera Siam Sukhothai yang mendapat sokongan Inggeris. Sepanjang penaklukan tersebut beberapa siri serangan gerila telah dilakukan oleh para pahlawan Melayu yang mendapat sokongan dari pelbagai kerajaan di Nusantara. Kertas kerja ini akan melihat sejauh mana kepentingan Kerian sebagai salah sebuah pusat gerakan tentera gerila yang dipimpin oleh Laksamana Wan Ismail bagi melancarkan serangan balas ke atas kedudukan Siam di utara Tanah Melayu sehingga Kedah berjaya direbut kembali oleh sultan Kedah. Kertas kerja berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah tinjauan di lapangan dan analisa dokumen bagi menentukan kesahihan fakta sejarah yang dikemukakan. Hasil kajian telah menemukan bahawa terdapatnya perkaitan kawasan Kerian sebagai pusat gerakan tentera Melayu Kedah yang dipimpin oleh Laksamana Wan Ismail sepanjang peperangan dengan Siam Sukhothai.


Reference
  • No Data Recorded