Kesesuaian pelaksanaan langkah-langkah dalam program bandar selamat mengikut perspektif keruangan di Sabah: tinjauan lokal
List of Authors
  • Ahmad Tarmizi Abdul Rahman , Nor-Ina Kanyo , Norcikeyonn Samuni , Norizan Mohd. Nor , Ruslan Rainis , Siti An-Nur Arsyi Lajimin

Keyword
  • Kesesuaian, pelaksanaan, konsep bandar selamat, kawasan hotspot jenayah, Sabah

Abstract
  • Masalah pelakuan jenayah banyak melanda di kebanyakan bandar utama seluruh dunia kerana dipengaruhi oleh faktor perbandaran. Usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan bandar telah membawa kepada pelaksanaan program bandar selamat di Malaysia. Dalam konteks Sabah, pelaksanaan program bandar selamat telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan melibatkan tiga buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Densiti penduduk yang tinggi dan kepelbagaian prasarana dibangunkan dari aspek ekonomi dan sosial berbanding daerah-daerah lain menjadikan ketiga-tiga daerah ini menjadi tumpuan pelakuan jenayah bandar yang melibatkan etnik lokal mahupun warga asing. Makalah ini membincangkan aspek kesesuaian pelaksanaan langkah-langkah bandar selamat dengan merujuk kepada aspek keruangan bandar yang melibatkan tiga strategi utama. Pendekatan yang digunakan adalah secara kutipan data lapangan melalui edaran borang soal selidik yang melibatkan 1500 orang responden, temubual mendalam bersama responden dan pegawai yang bertanggungjawab serta pemerhatian secara langsung. Hasil kajian menunjukkan kesesuaian langkah bagi strategi mereka bentuk persekitaran fizikal adalah pada langkah pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor dan kawalan tanaman landskap di laluan pejalan kaki, strategi memperkasakan kawasan sasaran adalah melalui penggunaan cermin keselamatan dan pencahayaan serta strategi melalui kegiatan sosial, kemasyarakatan, pendidikan dan kesedaran awal pula adalah dengan kaedah meningkatkan rondaan kawasan perumahan dengan nilai min masing-masing (4.39), (4.55) dan (4.50). Secara keseluruhannya, ketiga-tiga strategi pelaksanaan konsep bandar selamat yang diketengahkan dalam kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif di ketiga-tiga kawasan kajian.

Reference
  • 1. Berita Harian. 5 September (2013). 5 Kawasan Panas Dipantau Cegah Jenayah
    2. Faizah, M. L. (2015). Ke Arah Pengurangan Indeks Jenayah Jalanan di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 4. Pp 97 – 107. ISSN 2180-2491.
    3. Healey, KM. (1995). Victim and Witness Intimidation: New Developments and Emerging Responses U.S. Department of Justice
    4. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Semenanjung Malaysia. (2004c). Program Bandar Selamat: Ilustrasi 23 Langkah Pencegahan Jenayah. Kuala Lumpur: JPBD, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
    5. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2010). Bandar Selamat 2010, Safe City. Unit Khas NKRA Bandar Selamat.
    6. Jamaludin, M. (2007). Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat di Malaysia: Kajian Kes Alor Star, Kedah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.
    7. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Pusat Infrastruktur Data Geospatial Malaysia. (2010). Ke arah Bandar Selamat: Pencegahan Jenayah Bandar Melalui Perkongsian Pemetaan GIS Hotspot Jenayah.
    8. Laporan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (2012-2018). Program Pelaksanaan Bandar Selamat.
    9. Laporan Majlis Perbandaran Sandakan (2012-2018). Program Pelaksanaan Bandar Selamat.
    10. Laporan Majlis Perbandaran Tawau (2012-2018). Program Pelaksanaan Bandar Selamat.
    11. Mohd. Majid, K. (1997). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    12. Nor-Ina, K., Ahmad, T. A. R., Siti An-Nur, A. L., Norcikeyonn, S. (2019). Sejarah dan Pelaksanaan Konsep Bandar Selamat di Sabah. Seminar Pemerkasaan Pelaksanaan Konsep Bandar Selamat: Isu dan Cabaran di Sabah. 30 April 2019. Theatrette Ahmad Nisfu, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Universiti Malaysia Sabah.
    13. Nor-Ina, K., Norizan, M.N. (2007). Pelakuan Jenayah dari Perspektif Geografi: Satu Kajian Kes di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Dibentangkan di Persidangan Geografi 2007 Universiti Malaya, Memperkasakan Geografi di Malaysia: Isu dan Cabaran, Anjuran Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Hotel Armada, Petaling Jaya Kuala Lumpur, 21-22 Ogos 2007.
    14. Norita, A. J., Nor-Ina, K., Ahmad, T. A. R. (2015). Pelaksanaan Bandar Selamat dan Pelakuan Jenayah Harta Benda di Kota Kinabalu, Sabah Satu Penemuan. Prosiding PERKEM 10, (2015) Pp 494 – 501. ISSN: 2231-962X.
    15. Oncu, A., Weyland, P. (1997). Space, Culture and Power: New Identities in Globalizing Cities. Zed Books
    16. Othman, T. (2013). Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan dan Statistik. Press: Universiti Putra Malaysia Rancangan Fizikal Negara ke-3. (2016). Perbandaran di Malaysia
    17. Sidhu, A.S. (2005). The Rise of Crime in Malaysia: An Academic and Statistical Analysis. Journal of the Kuala Lumpur Royal Malaysia Police College, No.4:1-28.
    18. Siti An-Nur, A. L., Nor-Ina, K. (2018). Keselamatan Wanita Terhadap Pelakuan Jenayah dalam Ruang Awam Bandar: Satu Tinjauan Program Bandar Selamat di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Proceeding HUSTINC 2018. Humanities, Society and Tourism International Conference. 26- 27 Oktober 2018. UCSI Hotel, Kuching, Sarawak. School of Humanities, Universiti Malaysia Sabah [ISBN 978-967-394-334-0]
    19. UN-HABITAT. (2009). Safer Cities Program dalam http://www.unhabitat.org.
    20. Yuen, B. (2004). Safety and Dwelling in Singapore. Cities 21 (1), 19-28
    21. Zainudin, M. (2000). Ke Arah Perancangan dan Pembangunan Persekitaran yang Selamat. Kertas Pembentangan di Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar dan Wilayah / UTM (Alam Bina). 28-29 Februari 2000. Skudai: Johor.