Perspektif ‘Melayu Malas’ dan ‘Melayu Bodoh’ oleh barat serta kebenarannya berdasarkan cerita jenaka Melayu
List of Authors
  • Alya Batrisyia Annuar , Rahimah Hamdan

Keyword
  • ‘Melayu Malas’, ‘Melayu Bodoh’, Barat, Cerita Jenaka

Abstract
  • Penjajahan Barat di Alam Melayu terutama sekitar abad ke-19 Masihi telah mengundang pelbagai perspektif terhadap masyarakat peribumi. Berteraskan konsep ‘white man’s burden’, para sarjana kolonial ini memandang masyarakat peribumi sebagai golongan yang perlu dibimbing dan dipimpin berdasarkan kelemahan-kelamahan yang mereka warisi dan amalkan dalam kehidupan. Maka muncullah pelbagai stigma negatif terhadap masyarakat dijajah demi merealisasikan hegemoni kekuasaan mereka di tanah jajahan seperti ‘Melayu malas’ dan ‘Melayu bodoh’, rentetan sikap suka berhibur dan membuang masa kepada aktiviti yang dilabel sebagai tidak bermanfaat. Nama-nama seperti Stamford Raffles, Frank Swettenham dan Hugh Clifford adalah antara sarjana kolonial yang bertanggungjawab memberi pelbagai interpretasi negatif kepada masyarakat Melayu. Persoalannya, adakah pendapat penjajah Barat ini menggambarkan realiti kehidupan keseluruhan masyarakat Melayu? Apakah karya awal masyarakat Melayu seperti Cerita Jenaka yang tujuan utama menghiburkan khalayak hanya sarat dengan perspektif ‘Melayu Malas’ dan ‘Melayu Bodoh’ sahaja? Bertitik-tolak daripada inilah, maka objektif kajian adalah untuk mengenalpasti perspektif Barat mengenai ‘Melayu Malas’ dan ‘Melayu Bodoh’ serta menganalisis kebenaran perspektif tersebut berdasarkan Cerita Jenaka Melayu. Dengan menggunakan metod analisis teks, kajian menggunakan empat Cerita Jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Pak Kaduk, Pak Belalang dan Si Luncai. Dapatan kajian mendapati jelas kesendengan Barat dalam perspektif mereka terhadap masyarakat yang dijajah. Tambahan pula, tohmahan ‘Melayu Malas’ dan ‘Melayu Bodoh’ kepada masyarakat Melayu tidak dapat dibuktikan secara tuntas menerusi Cerita Jenaka ini. Nyata, kekecewaan atas kurangnya kerja sama yang ditunjukkan oleh masyarakat Melayu sepanjang penjajahan mereka memberi ruang untuk dikritik dengan label ‘malas’ dan ‘bodoh’ tanpa berusaha memahami secara intrinsik ke dalam karya-karya terawal yang merupakan cerminan masyarakat. Kesimpulannya, menerusi kajian komprehensif terhadap karya-karya sastera Melayu sahajalah segala perspektif yang boleh merosakkan imej masyarakat dapat disanggah dan diperjelaskan secara rasional. Secara tidak langsung, kajian ini dapat mengangkat martabat Melayu yang pernah mencatat sejarah sebagai satu kuasa besar di laluan Selat Melaka pada suatu ketika dahulu.

Reference
  • 1. Azmi Arifin. (2012). Syed Hussein Alatas: Pemikiran Kolonial dan Gagasan ‘Feudalisme Melayu’. Jurnal Akademika, 82 (1), 21-30.

    2. Bird, I. (1883). The Golden Chersonese and the Way Thither. New York: Oxford University Press.

    3. Clifford, H. (1897a). In Court and Kampong: Being Tales and Sketches of Native Life In The Malay Peninsula. London: Grant Richards.

    4. Clifford, H. (1897b). A Journey through the Malay States of Trengganu and Kelantan. The Geographical Journal, 9 (1), 1-37.

    5. Crawfurd, J. (1820). History of the Indian Archipelago. Edinburgh: Archibald Constable.

    6. Guerreiro, J.J. De Vellez. (1935). ‘A Portuguese Account of Johore’. Journal of Malaysian Branch of Royal Asiatic Society, 13 (2).

    7. Harun Mat Piat, et.al. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    8. Hassan Ahmad. (2007). Cerita Jenaka Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

    9. Hashim Hj. Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi, Siti Sarah Ab Karim. (2012). Hati Budi Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu Ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang. Journal of Language Studies, 12(1): 163-182.

    10. Ismail Noor dan Muhammad Azaham. (2000). Takkan Melayu Hilang di Dunia. Subang Jaya: Pelanduk Publisher.

    11. Joesoef Sou’yb H.M. (1985).Orientalisme dan Islam. Jakarta: P.T. Bulan Bintang.

    12. Liaw Yock Fang. (1978). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura: Penerbit Pustaka Nasional.

    13. Mana Sikana. (2007). Teras Sastera Melayu Tradisional. Selangor: Pustaka Karya.

    14. Md. Salleh Yaapar. (2009). Merenung Mitos Dalam Fisyen: Karya Alatas dalam Sebuah Cerpen Melayu Mutakhir. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    15. Mohd Yusof Abdullah. (2015). Bicara Dunia Melayu: Tradisi Pelayaran Melayu. Artikel Muzium Negeri Terengganu.

    16. Mohd Fahmi Ismail, et.al. (2015). Cerita Rakyat Melayu: Suatu Analisis Pancaran Jati Diri Masyarakat Melayu Sebagai Cerminan Kebudayaan Melayu. Pahang: Universiti Malaysia Pahang.

    17. Mohd. Farhan Abd Rahman, Rohailin Zainon, Maryam Mohd Esa, Nurulhayah Muhamad. (2017). Pandangan Orientalis Berkenaan Sikap Malas Masyarakat Melayu Di Tanah Melayu. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK ke-2). Kajang: Kolej Universiti Islam Selangor.

    18. Raffles, S. (1830). Memoir of the Life and Public Services of Sir Thomas Stamford Raffles, Particularly in the Government of Java, 1811-1816, and of Bencoolen and Its Dependencies, 1817-1824 : With Details of the Commerce and Resources of the Eastern Archipelago and Selections from His Correspondence. London: John Murray.

    19. Rahimi Affandi Abd Rahim et. al. (2013). Pusat Kajian Orientalisme dan Occidentalisme dalam Kajian Islam: Pendekatan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Jurnal Hadhari, 5 (2). 1-26.

    20. Rahimin Affandi Abd. Rahim dan Siti Maimunah Binti Kahal. (2017). Ilmu Kolonial dan Islamisasi Alam Melayu: Analisis Kritikal. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    21. Richard, M. D. (Ed.). (1973). Folklore and Folklife: An Introduction. Chicago: The University of Chicago.

    22. Rogayah A.Hamid dan Wardati Md. Sheriff. (2007). Tradisi Lisan Manifestasi Cendekiawan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    23. Said, Edward W. (1977). Orientalism. London: Penguin.

    24. Smith, C.S. (2001). Piloting Princes: Hugh Clifford and the Malay Rulers. Journal of the Royal Asiatic Society, 11(3): 363-375.

    25. Swettenham, F.A. (1899). The Real Malay: Pen Pictures. London: John Lane The Bodley Head Limited.

    26. Swettenham, F.A. (1913). Malay Sketches. London: John Lane, The Bodley Head Limited.

    27. Syed Hussein Alatas. (2019). Mitos Peribumi Malas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka; 2019.

    28. Wicks, P.C. (1979). Images Of Malaya In The Stories Of Sir Hugh Clifford. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 52, 1 (235): 57-72.

    29. Winstedt, R.O. (1969). A History Of Classical Malay Literature. London: Oxford University Press; 1969.

    30. Wright, A. Reid, T.H. (1912). The Malay Peninsula. London: Fisher Unwin.