Kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam
List of Authors
  • Azahar Yaakub @ Ariffin , Mohd Hambali Rashid , Norhafizah Musa , Wan Ali Wan Jusoh

Keyword
  • Tekanan, kesan, pesakit kanser, pandangan Islam

Abstract
  • Kanser payudara merupakan salah satu penyakit berisiko tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia. Penyakit ini memberi kesan yang teruk kepada fizikal bahkan turut mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi pesakit sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengalami tekanan yang berpanjangan sepanjang tempoh rawatan mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Secara umumnya stres adalah tekanan perasaan seseorang sehingga membuatkannya tidak mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Stres kian meningkat saban tahun di kalangan rakyat Malaysia begitu juga pesakit kanser. Kebanyakan orang sukar untuk mengawal dan mengurus stres. Keadaan tersebut lebih sukar apabila berdepan dengan pelbagai masalah lain dan tidak mendapat sokongan emosi. Jika tidak diatasi perkara tersebut, stres boleh bertukar kepada gangguan mental. Kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam adalah kelemahan hati, kelemahan roh, pengaruh nafsu dan kelemahan akal. Oleh itu, tekanan yang dihadapi oleh pesakit kanser payudara perlu dititikberatkan bagi membantu mereka lebih kuat dan sabar dalam menghadapi penyakit yang dihadapinya.

Reference
  • 1. al-Bukhārī, Abī ‘Abd Allāh Muḥammad Ibn Ismā‘il al-Bukhārī al-Ju‘fī. (1999). Ṣaḥīḥ al Bukhārī Riyad: Dār al-Salām.
    2. Fathiyah Mohd Fakhruddin & Asmawati Suhid. (2016). Proses Murabatah Al-Nafs Menurut Perspektif Al-Ghazali Bagi Membangunkan Individu Seimbang dan Holistik. Jurnal aL-Anwar, 2 (2): 173-187.
    3. Harun al-Rasyid Tuskan. (2002). Kaedah Rawatan Mengatasi Gangguan Stress & Emosi Menurut Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn Bhd.
    4. Jabatan Agama Islam Selangor. (12 September,2007). Wasiat Luqman Hakim kepada Anaknya dalam Mendidik Anak Beragama. Dicapai daripada http://www.jais.gov.my/article/wasiat-luqman-hakimkepada-anaknya-dalam mendidik-anak-beragama.
    5. Jejen Musfah. (2006) Hati dalam Tafsir Al-Azhar Hamka. Disertasi Sarjana. Jakarta: UIN Syarif Hidayatullah. Mohd Majid, Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Muhammad Rashidi Wahab & Mohd Faizul Azmi. (2013). Kedudukan Akal dalam Pendalilan Akidah. Jurnal Teknologi (Social Sciences), 63(1): 31-39.
    7. Othman Lebar. (2009) Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    8. Siti Noorsyafenas Safe & Ahmad Yunus Mohd Nor. (2016). Pengurusan Stress Menurut al Quran dan Hadith. Jurnal al-Hikmah, 8 (1): 3-18.
    9. Suriani Sudi, Fariza Md Sham & Phayilah Yama. (2016). Spiritual di dalam al-Quran. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan Syariah 2016 (IRSYAD 2016)), 354-358. Bandar Seri Putra: KUIS.
    10. Thomas B. C, Devi N. & Gangadharan P.S. (2005). Reliability & Validity of The Malayalam Hospital Anxiety and Depression Scale (HADS) in Cancer Patients. Indian J of Med Res, 122 (5): 395-399
    11. Walker J., Postma K., McHugh G. S., et al. (2007). Performance of the Hospital and Anxiety Depression Scale as a Screening Tool for Major Depressive Disorder in Cancer Patients,” J Psychosom Res, 63 (1): 83-91.
    12. Zuraida Zainal, “Kemurungan Perlu Dirawat,” Utusan Online, dicapai pada 10 Mei 2017, my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg= n_01.htm.