Kesan Latihan Asertif terhadap Asertif dan Konsep Kendiri dalam Kalangan Ibu Tunggal Berpendapatan Tetap dan Tidak Tetap di Johor Bahru
List of Authors
  • Hamdan Abdul Kadir

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Asertif dan konsep kendiri merupakan elemen-elemen yang penting dalam kehidupan ibu tunggal. Namun begitu, elemen-elemen itu seringkali tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Kajian ini berfokus kepada kesan latihan terhadap asertif dalam kalangan ibu tunggal berpendapatan tetap dan tidak tetap di Johor Bahru. Kebekesanan latihan asertif diukur dengan menggunakan Soal Selidik Konsep Kendiri Tennessee (SKKT) dan Soal Selidik Asertif Rathus (STDR). SKKT mengandungi lapan elemen iaitu identiti diri, kepuasan kendiri, tingkah laku kendiri, kendiri fizikal, kendiri moral-etika, kendiri peribadi, kendiri keluarga dan kendiri sosial. Manakala STDR pula mengandungi 30 item yang meliputi pelbagai aspek pernyataan tingkah laku asertif. Analisis uji dan uji semula menunjukkan
    bahawa soal selidik tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.9525 dan 0.8094 masing-masing. Ibu-ibu tunggal yang terlibat dipilih melalui kaedah matched pairs design. Ibu tunggal kumpulan eksperimen telah menjalani latihan asertif selama lapan minggu. Keputusan kajian dianalisis secara kuantitatif. Teori yang digunakan ialah Peraturan Asertif DESC. Analisis ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor asertif antara ujian pra dan ujian pos, justeru membuktikan kesan positif latihan asertif. Selain itu, wujud perbezaan signifikan ke atas peningkatan latihan asertif dalam kalangan ibu tunggal berpendapatan tetap dan tidak tetap sebelum dan juga selepas mereka menghadiri program latihan asertif. Melalui ujian t, membuktikan bahawa latihan asertif ini  perlu diberi penekanan yang sewajarnya dalam usaha meningkatkan asertif dalam kalangan ibu tunggal. Hasil kajian ini diharap dapat membantu ibu-ibu tunggal di Johor Bahru meningkatkan asertif bagi meningkatkan prestasi kehidupan seharian mereka. 


Reference
  • No Data Recorded