Pendidikan kewangan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) Malaysia melalui pendekatan maqasid syariah
List of Authors
Nor Atikah Abd Razak , Wan Nazjmi Mohamed Fisol
Keyword
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Pendidikan Kewangan, Maqasid al-Shari‘ah
Abstract
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengkaji modul pendidikan kewangan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dari perspektif Maqasid Shari‘ah. Bentuk Metodologi kajian ialah secara kualitatif data melalui kajian artikel, buku dan laporan yang berkaitan dengan pendidikan kewangan melalui AKPK dan Objektif Shari‘ah (Maqasid Shari‘ah). Hasil kajian mendapati bahawa pendidikan kewangan melalui AKPK adalah menepati dengan objektif Shari‘ah (Maqasid Shari‘ah) ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencari kebaikan dan mencegah dari segala kemudaratan (jalb al-manfa‘ah wa daf‘ al-madarrah) bagi memastikan kebaikan dan kebajikan rakyat melalui pendidikan kewangan diperolehi secara keseluruhan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kajian ini menunjukkan bahawa objektif Shari‘ah (Maqasid Shari‘ah) adalah pendekatan yang terbaik bagi memahami lebih mendalam tentang Syariat Islam yang menjadi rahmat kepada sekelian alam (rahmatan lil alamin). Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekelian alam”(Al-Anbiya’: 107). Oleh itu setiap modul pendidikan kewangan yang digariskan oleh AKPK perlulah selaras dengan objektif Shari‘ah (Maqasid Shari‘ah) yang dapat memberi kebaikan kepada seluruh rakyat secara keseluruhan.
Reference
1. Abdel Kader, D. (2000). Social Justice in Islam. USA: The International Institute of Islamic Thought (IIIT).
4. Ahmad, A. R. (2009). The Role of Financing Achieving Maqasid al-Shari‘ah. The 1st Insaniah-IRTI International Conference on Islamic Economics, Banking & Finance.
5. Al-Ghazali, M. (1998). al-Mustasfa min ‘ilm al-usul. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Islamiyyah. Vol. 1. pp. 174
6. Financial Education Network (FEN). (2019). Malaysia National Strategy for Financial Literacy 2019-2023, 1-33.
7. Mohamed Fisol, W. N., Md. Radzi, N. Z., Haji-Othman, Y. (2017). The Engineering of Islamic Legal Opinion (Ijtihad) On the Maqasid Al-Shari‘ah Development in the Assessment of Islamic Financial Products. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 7(4), 945-956.
8. Mohamed Fisol, W. N., Al-Basri, S. H., Ismail Mat. (2017). The Scientific Of the Fundamentals of Maqasid in Islamic Financial Products Development. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 7(10), 683-692.
9. Shatibi, A. I. I (1997). Al-Muwafaqat, ed. ‘Abu ‘Ubaidah Mashhur. 7 Vols. Beirut: Mauqi‘ al-Maktabah al-Raqmiyyah. Vol. 1. pp. 42.