Peristiwa bahasa dalam kalangan peniaga kecil di Sri Serdang, Selangor
List of Authors
  • Normaliza Abd. Rahim , Suhearyaniza Mat Hussin

Keyword
  • Peristiwa bahasa, strategi komunikasi, peniaga kecil

Abstract
  • Kajian ini memfokuskan kepada peristiwa bahasa dalam kalangan peniaga kecil di Sri Serdang, Selangor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peristiwa bahasa dalam komunikasi lisan terhadap keberkesanan penggunaan bahasa Melayu sebagai medium utama semasa berinteraksi sama ada formal mahupun tidak formal. Seramai 100 orang responden yang terlibat dalam perniagaan kecil di Sri Serdang telah dipilih secara rawak tanpa mengira latar belakang. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi 30 item. Analisis data menggunakan deskriptif asas dengan melihat kekerapan dan peratusan sahaja. Hasil kajian menunjukkan bahawa peristiwa dan strategi komunikasi lisan yang terancang dan baik dapat membantu melonjakkan sesuatu perniagaan. Dapatan kajian turut memberi implikasi kepada para peniaga untuk menambah baik komunikasi lisan dalam usaha meningkatkan sesuatu perniagaan supaya lebih efektif dan bertambah maju. Kajian ini merumuskan bahawa komunikasi lisan yang baik amat penting untuk mengeratkan hubungan sesama manusia dan seterusnya dapat memajukan sesebuah perniagaan.

Reference
  • 1. Ahmad Mahmood Musanif. (2007). Kesopanan dalam Perbualan Mengikut Budaya Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. Asmah Hj. Omar . (1997). Wacana Temu Duga dan Wawancara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Chiu-Ping Huang. (2011). “Exploring Factors Affecting the Use Of Oral Communication Strategies”. Lunghwa Universities Science and Technology of Taiwan Journal. Di laman web http://lhu.edu.tw/m/oaa/synthetic/ publish.
    4. Ghazali Lateh & Shamsuddin Othman. (2014). Tinjauan Interaksi Lisan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Remaja Malaysia Dari Sudut Etnografi Komunikasi. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malysia.
    5. Hymes, D. (1974). Foudation of Sociolinguistics: An Ethnographic Approach. Philadelphia: University of Pennsylvania.
    6. Lee Pei Chin & Supri Effendi Rahim (2013). Kajian Tentang Budaya Keusahawanan di Kalangan Belia.Tanjung Malim Perak : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    7. Mohd Sharifuddin (2007). Keterancaman Bahasa Melayu dan Dialeknya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    8. Mulyana, Deddy. (2010). Komunikasi Bisnis Lintas Budaya. Bandung : Indonesia.
    9. Nor Asliza Abdul Rahim & Normaliza Abd Rahim. (2014). Strategi Komunikasi Lisan Secara Formal dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan. Elsevier Ltd. Open access under CC BY-NC-ND license.
    10. Normaliza Abd Rahim .(2014). Wacana Bahasa. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
    11. Raminah Subran. (2005). Mempelajari dan Menguasai Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    12. Surapa Somsai & Channarong Intaraprasert. (2011). “ Strategies For Coping with Face to Face Oral Communication Problems Employed by Thai University Students Majoring in English. Di laman web, http:// www.ukm.my/ppbl/Gema.
    13. Saville-Troike, M. (2003). The Ethnografy of Communication: An Introduction (3rd edition). Oxford: Blackwell Publishing.