Inner Child dan Penyembuhan Luka Emosi: Kajian Tentang Kaedah Terapi Moden 2020 – 2025
List of Authors
  • Azian Abdul Kadir, Siti Kausar Zakaria

Keyword
  • Inner child, terapi emosi, Schema Therapy, Internal Family Systems, Penyembuhan trauma

Abstract
  • Terapi inner child merupakan pendekatan psikoterapi yang menekankan pengalaman, perasaan, dan keperluan kanak-kanak yang tidak dipenuhi, yang akhirnya mempengaruhi emosi, tingkah laku, dan hubungan individu dengan orang disekitarnya ketika dewasa. Sejak 2020, penyelidikan terhadap terapi inner child berkembang pesat, khususnya dalam konteks trauma, gangguan personaliti, dan kesejahteraan mental pasca-pandemik. Artikel ini membentangkan tinjauan literatur naratif yang menganalisis penemuan terkini (2020–2025) berkaitan pendekatan terapi inner child, dengan fokus kepada keberkesanan, kekuatan, dan keterbatasan. Kajian menilai 20 artikel terpilih daripada 35 artikel yang dikenal pasti melalui pangkalan data APA PsycNet, ScienceDirect, PubMed, dan Google Scholar. Pendekatan yang dikaji termasuk Schema Therapy (ST), Internal Family Systems (IFS), Emotion-Focused Therapy (EFT), Healing the Child Within, Somatic Experiencing (SE), dan EMDR. ST kekal paling kukuh dari segi bukti empirikal melalui teknik imagery rescripting dan limited reparenting. IFS dan EFT terbukti meningkatkan pengwalan emosi dan belas kasihan terhadap pengalaman semasa kecil, manakala pendekatan simbolik dan berasaskan tubuh seperti Healing the Child Within, SE, dan EMDR menyokong menggabungkan pengalaman ketakutan berpanjangan dengan kesedaran diri. Keterbatasan kajian termasuk kekurangan piawaian teknik, skala kajian kecil, keterbatasan budaya kerana fokus utama pada konteks Barat, dan kekurangan kajian longitudinal untuk menilai kesan jangka panjang. Pendekatan integratif yang menggabungkan aspek naratif, simbolik, dan tubuh berpotensi memberikan penyembuhan lebih holistik. Penyelidikan masa depan disyorkan melaksanakan RCT berskala besar, menyesuaikan modul dengan konteks budaya tempatan, dan menggabungkan pendekatan spiritual serta mindfulness bagi meningkatkan penerimaan diri dan kesejahteraan mental. Kesimpulannya, terapi inner child bukan sekadar intervensi psikologi tetapi merupakan proses penyembuhan emosi yang mendalam, membolehkan individu membina hubungan lebih sihat dengan diri sendiri dan orang lain melalui integrasi pengalaman masa kecil, penerimaan diri, dan belas kasih tanpa syarat.

Reference
  • No References Recorded