Kesan Latihan Asertif terhadap Asertif dan Konsep Kendiri dalam Kalangan Ibu Tunggal Berpendapatan Tetap dan Tidak Tetap di Johor Bahru
List of Authors
  • Hamdan Abdul Kadir , Wahyu Idrus

Keyword
  • Asertif, Soal selidik konsep kendiri (SKKT), Soal Selidik Asertif Rathus (STDR), ibu tunggal

Abstract
  • Asertif dan konsep kendiri merupakan elemen-elemen yang penting dalam kehidupan ibu tunggal. Namun begitu, elemen-elemen itu seringkali tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Kajian ini berfokus kepada kesan latihan terhadap asertif dalam kalangan ibu tunggal berpendapatan tetap dan tidak tetap di Johor Bahru. Kebekesanan latihan asertif diukur dengan menggunakan Soal Selidik Konsep Kendiri Tennessee (SKKT) dan Soal Selidik Asertif Rathus (STDR). SKKT mengandungi lapan elemen iaitu identiti diri, kepuasan kendiri, tingkah laku kendiri, kendiri fizikal, kendiri moral-etika, kendiri peribadi, kendiri keluarga dan kendiri sosial. Manakala STDR pula mengandungi 30 item yang meliputi pelbagai aspek pernyataan tingkah laku asertif. Analisis uji dan uji semula menunjukkan bahawa soal selidik tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.9525 dan 0.8094 masing-masing. Ibu-ibu tunggal yang terlibat dipilih melalui kaedah matched pairs design. Ibu tunggal kumpulan eksperimen telah menjalani latihan asertif selama lapan minggu. Keputusan kajian dianalisis secara kuantitatif. Teori yang digunakan ialah Peraturan Asertif DESC. Analisis ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor asertif antara ujian pra dan ujian pos, justeru membuktikan kesan positif latihan asertif. Selain itu, wujud perbezaan signifikan ke atas peningkatan latihan asertif dalam kalangan ibu tunggal berpendapatan tetap dan tidak tetap sebelum dan juga selepas mereka menghadiri program latihan asertif. Melalui ujian t, membuktikan bahawa latihan asertif ini perlu diberi penekanan yang sewajarnya dalam usaha meningkatkan asertif dalam kalangan ibu tunggal. Hasil kajian ini diharap dapat membantu ibu-ibu tunggal di Johor Bahru meningkatkan asertif bagi meningkatkan prestasi kehidupan seharian mereka.

Reference
  • Abu Hassan Asaari Abdullah, Dr. (2003). Ibu tunggal : Terdedah Kesan Psikologi. Kuala

    Lumpur: Utusan Malaysia Keluaran 31 Ogos 2003.

    Back, K., dan Back, K. (1991). Asertiveness at Work. London: McGraw-Hill Book

    Company.

    Burley-Allen, M. (1983) Managing Assertively : How to Improve Your People Skills. New

    York : John Wiley and Son Inc.

    Butler, P.E (1973). Assertive Training : Teaching Women Not to Discriminate Against

    Themselves. Eric : ED082103.

    Carolyn, E. (1992). Single Motherhood Is A Joy, Not A Disaster. Newsweek. 133

    Davidson, J. (1997). The Complete Idiots Guide to Assertiveness. New York : Simon and

    Schuster Macmillan Company.

    Flowers, J.V. (1978). Approaches to Assertive Training. Monterey : Brooks/Cole Publishing

    Co.

    Fritchie, R., dan Melling, M. (1991). The Business of Assertiveness: A Practical Guide to

    Being More Effective in the Workplace. London: BBC Books, BBC Enterprise Limited.

    Gillen, Terry (1994). Assertiveness for Managers. USA: Gower Publishing.

    Gottlieb, A.,S. (1997). Single Mothers of Children with Developmental Disabilities: The

    Impact of Multiple Roles. Family Relations. 46. 5.

    Hoffman,L.W (1998). The Effects of Mother’s Employment on the Family and the Child.

    Library Technology Group General Library System University Of Wiscousin-Medison.

    Israel, Richard, Whitten, Helen dan Shaffran, Cliff (2000). Your Mind at Work. London :

    Kogan Page Limited.

    Jones, D.J. (2002). HIV Infection and Deppressive Symptoms : An Investigation of African

    American Single Mothers. AIDS Care. 13. 343.

    Lange, A.J., Rimm, D.C. dan Lockley, J. (1975). Cognitive – Behavioral Assertion. Assertive

    Training Procedures. 5. 37-41.

    Lazarus, A.A (1971). Behavior Therapy and Beyond. New York : McGraw Hill.

    Lipman, E.L. dan rakan-rakan. (2001). Single Mothers More Likely to Have Been

    Abused.Ontario : Brawn University Child and Adolescent Behavior Letter Press.

    Manis, L., Lockwood, K., Nutter, S., Machizuki, J. dan Pattison, M. (1977). Leaders

    Handbook for One Day Assertiveness Training Workshop. Michigan : Susan B Anthony

    Press.

    Myers, J.E., Sweeny, T.J., dan Witmer, J.M. (2000). The Wheel of Wellness: Counselling

    for Wellness: A Holisticv Model of Ttreatment Planning. Journal Of Counseling And

    Development, 78, 251-266.

    Mohd.Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Fikir. PTS Publications.

    Noraini Ahmad. (2001). Asertif dan Komunikasi. Utusan Publications and Distributors.

    Kuala Lumpur.

    Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990). The Nature of Man and the Psychology of the

    Human Soul. Kuala Lumpur : International Institue of Islamic Thought and Civilization

    (ISTAC).

    Townend, A. (1991). Developing Assertiveness. London. London : Routledge.

    Wan Halim Othman, Datuk Dr. (2003). Ucapan Aluan Perjumpaan Ibu Tunggal di Persatuan

    Komuniti Ikram Kuala Lumpur. Berita Harian: Wanita dan Keluarga, 2 Januari.