Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui cerita-cerita rakyat Melayu: Kajian teks himpunan 366 cerita rakyat Malaysia diselenggara oleh Aripin Said & Othman Puteh
List of Authors
Mohd Firdaus Che Yaacob , Nasirin Abdillah
Keyword
Cerita rakyat, himpunan 366 cerita rakyat Malaysia, nilai-nilai murni, falsafah pendidikan kebangsaan
Abstract
Cerita-cerita rakyat yang terkandung dalam Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia cukup kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk tingkah laku dan moral seseorang individu. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam teks tersebut. Selain itu, pendekatan analisis kandungan kualitatif dipilih sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Menerusi kajian ini, penerapan FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) dipilih sebagai gagasan bagi memperkukuhkan lagi analisis kajian tersebut. Penerapan konsep intelek, emosi dan rohani akan diperjelaskan dalam kajian ini. Justeru, dapatan kajian telah membuktikan bahawa contoh-contoh cerita rakyat dalam teks tersebut sememangnya sarat dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk nilai dan perwatakan murni dalam kalangan masyarakat sekali gus membuktikan bahawa FPK merupakan salah satu pendekatan sistematik dalam membentuk moral dan tingkah laku masyarakat melalui cerita-cerita rakyat yang diperoleh.