Juruukur bahan wanita di peringkat pengurusan tertinggi firma ukur bahan: cabaran dan strategi
List of Authors
  • Fuziah Ismail , Infitah Kamaliah Mohd Faisal

Keyword
  • wanita, ukur bahan, pengurusan tertinggi

Abstract
  • Laporan Perangkaan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mendapati bahawa peratusan wanita yang memegang jawatan di peringkat pengurusan tertinggi adalah sangat rendah berbanding dengan lelaki. Firma Ukur Bahan adalah satu syarikat yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam bidang Ukur Bahan. Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh Juruukur Bahan wanita dan mengenalpasti strategi yang diambil bagi mengatasi cabaran yang dihadapi oleh Juruukur Bahan wanita di peringkat pengurusan tertinggi. Temubual telah dijalankan ke atas 5 responden wanita yang memegang jawatan tertinggi di firma Ukur Bahan. Kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan bagi mencapai objektif pertama iaitu dengan menggunakan kaedah pengkodan dan min analisis bagi mengetahui cabaran tertinggi dan terendah. Manakala objektif kedua, kaedah kualitatif digunakan dengan menggunakan kaedah pengkodan. Hasil kajian mendapati bahawa Juruukur Bahan wanita yang memegang jawatan di peringkat pengurusan tertinggi menghadapi cabaran dari aspek diri sendiri, pekerja, kewangan, pengurusan firma dan bekerja dalam kumpulan. Dua cabaran tertinggi yang dihadapi oleh Juruukur Bahan wanita tersebut dengan skor min 5.00 adalah dari aspek pekerja (pekerja mahir) dan kewangan (operasi firma). Manakala cabaran terendah dengan skor min 2.80 adalah dari aspek bekerja dalam kumpulan (sering dibuli oleh konsultan). Manakala strategi-strategi yang paling tinggi digunakan oleh Juruukur Bahan wanita bagi menghadapi cabaran-cabaran tersebut adalah membawa masuk projek baru, mempunyai pengalaman yang banyak, menegur pekerja dengan baik, dan berani memberi pendapat semasa mesyuarat.

Reference
  • 1. Albert Kassim, S. S. (27 Jun 2011) ‘30 Peratus Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat Mesti Wanita’, Mstar, diambil daripada https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/06/27/30-peratus-pembuat-keputusan-dalam-sektor-korporat-mesti-wanita.

    2. Andrews, S. (2020) ‘Gender Barriers and Solutions to Leadership’, diambil daripada https://trainingindustry.com/magazine/issue/gender-barriers-and-solutions-to-leadership/.

    3. Bernama (14 November 2019) ‘Jangan hadkan kuota wanita dalam pengurusan tertinggi: Rafidah’, Sinar Harian, diambil daripada https://www.sinarharian.com.my/article/57180/BERITA/Nasional/Jangan-hadkan-kuota-wanita-dalam-pengurusan-tertinggi-Rafidah.

    4. Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), ‘Kamus Dewan Edisi Keempat’, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    5. Elmuti, D., Jia, H. dan Davis, H. H. (2009) ‘Challenges Women Face in Leadership Positions and Organizational Effectiveness’, Journal of Leadership Education, 8(2), pp. 167–187.

    6. Fallon, H. (2019) ‘5 Strategies To Success For Women In Business’, diambil daripada https://www.businessbecause.com/news/masters-in-management/5939/5-strategies-success-for-women-in-business.

    7. Forbes Couches Council (2018) ‘15 Biggest Challenges Women Leaders Face and How To Overcome Them’, diambil daripada https://www.forbes.com/sites/forbescoachescouncil/2018/02/26/15-biggest-challenges-women-leaders-face-and-how-to-overcome-them/#6a0db0374162 .

    8. Hampden, M. (2015) ‘Women on Top: A Systematic Review of the Barriers and Challenges Facing Female Employees Before and After Entering Leadership Positions’, 1–65.

    9. Ismail, Paizah (1985) ‘Istilah-Istilah Wanita Dalam Al-Qur’an Dan Al-Sunnah’, 39–50.

    10. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (2020) ‘Hak-Hak Wanita Dalam Islam : Satu Sorotan Terhadap Perundangan Keluarga Islam Di Malaysia’, diambil daripada http://jksnpp.penang.gov.my/index.php/18-penerbitan-mahkamah/80-hak-hak-wanita-dalam-islam-satu-sorotan-terhadap-perundangan-keluarga-islam-di-malaysia.

    11. Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015), Dewan Bahasa dan Pustaka, diambil daripada https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=firma

    12. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2015) ‘Statistics on Women, Family and Community Malaysia 2015’, 1–135.

    13. Kementerian Pendidikan Malaysia (2018) ‘Statistik Pendidikan Tinggi 2018’, diambil daripada https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/pendidikan-tinggi/buku-perangkaan/2018-10/2408-statistik-pendidikan-tinggi-2018-bab-7-pdf/file.

    14. Kho, Budi (2019) ‘Pengertian dan Bentuk-bentuk Struktur Organisasi’, diambil daripada https://ilmumanajemenindustri.com/pengertian-contoh-bentuk-struktur-organisasi/.

    15. Kotler, P. (1994) ‘Marketing Management: Analysis, Planning, Implementation and Control’, 8th Edition, US: Prentice Hall International, 13.

    16. Mohd Taufeek Hafiq, Syazwani Husna Nur Dini (2014) ‘Definisi Dan Kepentingan Pengurusan’, diambil daripada https://www.slideshare.net/smklbting6/bab-1-pengurusan-pp-sem-2-2014.

    17. Othman, Arbak dan Karim, Nik Safiah (2019) ‘Kamus Bahasa Melayu’, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    18. Piterman, H. (2008) ‘Women in Management the Leadership Challenge’, pp. 1–90.

    19. Qadir, M. (2019) ‘The Challenges of Women Leadership and Management in India’, SSRN Electronic Journal, pp. 1275–1281.

    20. Shafizan Johari, Ahmad Khairol (6 Oktober 2017) ‘Wanita jauh lebih cemerlang dalam pendidikan berbanding lelaki, tetapi’, Astro Awani, diambil daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-jauh-lebih-cemerlang-dalam-pendidikan-berbanding-lelaki-tetapi-157124.

    21. Stoner, J. A. F., Freeman, R. E. dan Gilbert, D. R. (2009) ‘Management’, Edisi 9, New Delhi: Pearson.