Analisa hubungan faktor kerjasama dalam perniagaan, perusahaan lestari dan prestasi perniagaan pengusaha desa dalam program satu daerah satu industri
List of Authors
  • Muhammad Abi Sofian Abdul Halim , Shaladdin Muda

Keyword
  • Kerjasama dalam perniagaan, Prestasi perniagaan, Kelestarian, Satu Daerah Satu Industri, Pengusaha desa

Abstract
  • Kuala Terengganu adalah sebuah daerah di Pantai Timur semenanjung Malaysia yang telah banyak memberi perhatian terhadap pembangunan perusahaan desa di sekitarnya. Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) adalah di antara pendekatan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan perusahaan desa yang berasaskan kepada tanggungjawab bersama di dalam membina perniagaan yang baik dan lestari. Permasalahannya, kajian awal mendapati bahawa ramai di antara pengusaha desa yang tinggal di luar bandar kurang memberi tumpuan terhadap kepentingan konsep kerjasama dalam perniagaan mereka bagi membangunkan sebuah perusahaan desa SDSI yang berkonsepkan lestari ini. Malahan ada di antara mereka yang kurang memperlihatkan bahawa kesan kerjasama dan pendekatan lestari ini amatlah menyumbangkan kepada prestsi perniagaan mereka sendiri. Justeru itu, objektif kajian ini ialah meneliti hubungan kesan kerjasama dalam perniagaan terhadap pembangunan perusahaan lestari dan prestasi perniagaan dalam SDSI di Kuala Terengganu. Bagi mencapai objektif penyelidikan ini, kajian tinjauan melalui persampelan bertujuan telah dipilih untuk meninjau respnoden seramai 59 orang dari keseluruhan 2,249 populasi pengusaha desa di Kuala Terengganu. Pekali korelasi Pearson telah dipilih untuk menganalisa hubungan di antara kerjasama – pembangunan lestari (H1), pembangunan lestari – prestasi perniagaan (H2) dan Kerjasama – prestasi perniagaan (H3). Kajian mendapati bahawa pengusaha desa amat menitikberatkan kepada kepentingan kerjasama dan pembangunan perusahaan lestari didalam membangun prestasi perniagaan tetapi mereka masih kurang memberi perhatian terhadap kepentingan kerjasama di dalam membangun perusahaan lestari di kampong sendiri. Justeru itu, hasil kajian ini mendapati bahawa ramai pengusaha desa di bawah program SDSI ini tidak jelas berkenaan kepentingan kerjasama dan pembangunan lestari dalam membangunkan prestasi perniagaan mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam objektif asas SDSI ini. Sehubungan itu, kajian ini dapat memberi imput kepada pihak pentadbir SDSI di Kuala Terengganu untuk mempertingkatkan lagi kesedaran pengusaha desa terhadap kepentingan kerjasama di dalam membangunkan industri yang lestari dan sekaligus membangunan lagi prestasi perniagaan pengusaha desa.

Reference
  • 1. Fatimah Mohd Arshad & Mad Nasir Shamsudin. (1997). Rural development model in Malaysia. Retrieved August 23, Website: http:wwwecon.upm.my/-faimah/rural.pdf.
    2. Gibson, K., McWilliam, A., McKay, D., & Hil, Al. (2016). Community Partnering for Local Development. http://communitypartnering. info/acknowledgements34.html.
    3. Ishak Yussof, Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi & Mohd Shukri Hajinoor. (2011). Faktor Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau Langkawi, Kedah. Prosiding Perkem Vi, Jilid 2 (2011) 196-207 ISSN: 2231-962X.
    4. Li, N., & Schumann, R. (2013). The One Village One Product (OVOP) Model and Economic Development on Guam. Journal of Economics and Economic Education Research, 14(3): 21-34.
    5. MECD. (16 September 2004). One District One Industry. Unpublished report.
    6. Muhammad Abi Sofian Abd Halim, Zuha Rosufila Abu Hasan & Noor Fadhiha Mokhtar. (2017). Usahawan di Pinggir Tasik Kenyir. Monograf Penerbit UMT, Malaysia.
    7. Natsuda, K., Igusa, K., Wiboonpongse, A., Cheamuangphan, A., Shingkharat, S., & Thoburn, J. (2011). One Village One Product - Rural Development Strategy in Asia: the Case of OTOP in Thailand, RCAPS Working Paper No. 11-3.
    8. Nguyen Thi Anh Thu. (2013). One Village One Product (OVOP) in Japan to One Tambon One Product (OTOP) in Thailand: Lessons for Grass Root Development in Developing Countries. Journal of Social and Development Sciences, 4(12): 529-537.
    9. Parilla.E.S (2013. Economic Promotion through One-Town One Product. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 3(7): 532-545.
    10. Radient (2008). Background. Definition and Characteristics of SME in Malaysia.
    11. Radiah Abdul Kader, Mohd Rosli Bin Mohamad & Ab. Azid Hj. Che Ibrahim. (2009). Success Factors for Small Rural Entrepreneurs under the One-District-One-Industry Programme in Malaysia. Contemporary Management Research, 5(2): 147-162.
    12. Torri, M. C. (2009). Community Entrepreneurship Among Lower Castes in India: A Grassroots Contribution Toward Poverty Alleviation and Rural Development Under Conditions of Adversity and Environmental Uncertainty. Journal of Development Entrepreneurship, 14(4): 413-432. http://dx.doi.org/10.1142/ S1084946709001338.
    13. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. (2012). Direktori Usahawan Terengganu: Satu Daerah Satu Industri.