Kajian Sikap dan Kesediaan Murid Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh Terhadap KBAT dalam Matematik
List of Authors
  • Nor Afzalina Azmee, Norhayati Ahmat, Nurul Akmal Mohamed, Nurul Hidayah Tading, Zamzana Zamzamir

Keyword
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi; Sikap; Kesediaan; Matematik

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap sikap dan kesediaan murid Tingkatan 1 di sekolah berasrama penuh terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam matematik. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah Borang Soal Selidik Sikap dan Kesediaan Murid terhadap Pelaksanaan KBAT dan telah disahkan oleh tiga orang pakar dari kalangan pensyarah dan guru Matematik. Borang soal selidik ini mengandungi 18 item menggunakan Skala Likert 5 mata. Proses pengumpulan data melibatkan seramai 113 orang murid tingkatan 1 yang telah dipilih secara rawak mudah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Batang Padang. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 27 melibatkan min dan sisihan piawai. Hasil analisis memperolehi nilai min dan sisihan piawai bagi tahap sikap murid terhadap KBAT adalah masing-masing 4.03 dan 0.549 iaitu berada di tahap yang tinggi manakala bagi tahap kesediaan murid terhadap KBAT pula mendapat nilai min sebanyak 3.78 dan sisihan piawai sebanyak 0.609 iaitu berada di tahap sederhana tinggi. Analisis data juga menunjukkan tahap sikap dan kesediaan murid terhadap pelaksanaan KBAT dipengaruhi oleh guru. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan murid bersikap positif terhadap pelaksanaan KBAT dalam matematik namun masih terdapat murid yang kurang bersedia terhadap pelaksanaan tersebut. Maka, guru perlulah memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan sikap yang positif dan meningkatkan tahap kesediaan murid dalam pelaksanaan KBAT di dalam kelas. Implikasi kajian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid dan guru terhadap pelaksanaan KBAT dalam matematik di sekolah yang seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran guru serta motivasi murid pada masa hadapan.

Reference
  • No Data Recorded