Hubungan budaya organisasi dan nilai islam terhadap amalan etika kerja Islam (EKI) di kalangan penjawat awam di Malaysia
List of Authors
  • Hainnur Aqma Rahim , Sutera Manis Zamzam

Keyword
  • Budaya Organisasi, Nilai Islam, EKI

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan budaya organisasi dan nilai Islam terhadap amalan etika kerja Islam (EKI) di kalangan penjawat awam di dalam organisasi Islamik. Secara khususnya pula, kajian ini akan memfokuskan kepada ciri-ciri yang ada di dalam teori budaya organisasi Hofstede dan nilai-nilai Islam yang ada di dalam ayat Al-Quran dan seterusnya menganalisis arah dan hubungan yang wujud di antara nilai budaya, nilai Islam terhadap amalan EKI. Kajian ini telah mengemukakan beberapa persoalan kajian iaitu apakah arah dan kekuatan hubungan nilai budaya terhadap amalan EKI dalam organisasi, apakah arah dan kekuatan hubungan nilai Islam terhadap amalan EKI dalam organisasi, bagaimanakah nilai budaya mempengaruhi amalan EKI di dalam organisasi dan bagaimanakah nilai Islam mempengaruhi terhadap amalan EKI dalam organisasi. Kajian dilaksanakan di kalangan penjawat beragama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkhidmat di agensi Islamik. Analisis statistik inferensi dilakukan di dalam kajian ini untuk melihat perhubungan yang wujud antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar. Ujian korelasi Pearson dan regresi berganda digunakan untuk melihat hubungan dan arah yang wujud. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini adalah nilai budaya dari enam ciri budaya Hofstede dan nilai Islam di dalam al-Quran dengan melihat kepada pengaruh terhadap tingkahlaku kepada organisasi dan pelanggan di kalangan responden. Pemboleh ubah bersandar di dalam kajian ini pula adalah amalan etika kerja Islam. Kajian ini akan melihat sejauhmana kesedaran responden terhadap elemen nilai budaya yang wujud di dalam organisasi dan di dalam persekitaran kehidupan dan juga melihat kepercayaan kepentingan nilai Islam dalam melaksanakan tugas di dalam organisasi dengan memberi fokus kepada hubungan terhadap organisasi dan pelanggan. Kajian ini membuktikan bahawa amalan EKI dipengaruhi secara signifikan dan keseluruhannya berhubungan secara positif dengan pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian ini sedikit sebanyak akan membantu organisasi untuk mengenalpasti mekanisma dalam usaha untuk meningkatkan amalan EKI di dalam organisasi.

Reference
  • 1. Al-Ghazali. M.I.A.H. 1997. Tahzib Ihya’ Ulum Al-Din. Kaherah: Dar Tibaah Wa Al-Nasr Al-Islamiah.

    2. Ali, A. (1988). Scaling an Islamic work ethic. The Journal of Social Psychology, 128(5), 575-583.

    3. Ali, A. J., & Al‐Kazemi, A. A. (2007). Islamic Work Ethic In Kuwait. Cross Cultural Management: An International Journal.

    4. Ali Abbas. J Dan Abdullah Al-Owaihan. (2008). “Islamic Work Ethics: A Critical Review,” Cross Cultural Management: An International Journal, Vol.15, No.1 Pp. 5-19

    5. Amanda Sinclair (1993). Approaches To Organizational Culture And Ethics. Journal Of Business Ethics.12:63-73

    6. Bliss, W. G. (1999). Why is corporate culture important?. Workforce, 8-9.

    7. Bucahanan, David; Huncznski, Andrzej, 1997, Organizational Behavior an Introductory Text. Third Edition, Europe : Prentice Hall

    8. Dewi, S. S., & Bawono, I. R. (2008). Analisis Pengaruh Etika Kerja Islam Terhadap Sikap Karyawan Bagian Akuntansi dalam Perubahan Organisasi (Studi Kasus pada Bank Umum Non Syariah di Wilayah Eks Karesidenan Banyumas Jawa Tengah). Jurnal Akuntansi dan Auditing Indonesia, 12(1).

    9. Hidayat U. A., & Abdullah, I. (2002). Faktor-faktor sosial budaya dalam pengambilan keputusan pertolongan persalinan di Puskesmas Tamansari Kabupaten Tasikmalaya (Doctoral dissertation, [Yogyakarta]: Universitas Gadjah Mada).

    10. Hofstede, G.J. Hofstede. 2005. Culture And Organizations : Software Of The Mind, 2nd Edition, Mcgraw-Hill Usa.

    11. Hofstede, Geert. 2010. Comparing Regional Cultures Within A Country : Lessons From Brazil. Jounal Of Cross-Cultural Psychology;41;336.

    12. Hofstede, Geert. 2010. Culture And Organizations: Software Of The Mind, International Cooperation And Its Importance For Survival. New York: Mcgraw-Hill.

    13. Hofstede, G. (2011). Dimensionalizing Cultures: The Hofstede Model In Context. Online Readings In Psychology And Culture, 2(1), 8.

    14. Hutcheon, P. D. (1972). Value Theory: Towards Conceptual Clarification. The British Journal Of Sociology, 23(2), 172-187.

    15. M.Abul Quasem, MA.,Kamil (1988) Etika Al-Ghazali: Etika Majemuk Di Dalam Islam. Bandung. Penerbit Pustaka

    16. Minkov, M., & Hofstede, G. (2012). Hofstede’s fifth dimension: New evidence from the World Values Survey. Journal of cross-cultural psychology, 43(1), 3-14.

    17. Muhammad Mustakim, M. N. (2015). Pelaksanaan Etika Kerja Islam: Kajian Kes Di Johor Corporation/Muhammad Mustakim Mohamed Noh (Doctoral Dissertation, Universiti Malaya).

    18. Kluckhohn, C. (1955). Ethical Relativity: Sic Et Non. The Journal Of Philosophy, 52(23), 663-677.

    19. Klessig, J. (1992). The effect of values and culture on life-support decisions. Western Journal of Medicine, 157(3), 316.

    20. Kumar, N., & Rose, R. C. (2010). Examining The Link Between Islamic Work Ethic And Innovation Capability. Journal Of Management Development.

    21. Lucyanda, J., & Pramesti, T. W. (2017). Pengaruh Etika Kerja Islam Terhadap Sikap Akuntan Internal Atas Perubahan Organisasi: Komitmen Profesi Dan Komitmen Organisasi Sebagai Variabel Pemediasi. Media Riset Akuntansi, 5(1), Hal-79.

    22. M.Abul Quasem, MA.,Kamil (1988) Etika Al-Ghazali: Etika Majemuk Di Dalam Islam. Bandung. Penerbit Pustaka

    23. Muhammad Mustakim, M. N. (2015). Pelaksanaan Etika Kerja Islam: Kajian Kes Di Johor Corporation/Muhammad Mustakim Mohamed Noh (Doctoral Dissertation, Universiti Malaya).

    24. Nizar, M. (2017). Prinsip Kejujuran Dalam Perdagangan Versi Alqur’an. Mafhum, 2(2), 309-320.

    25. Nurhidayah Marzuki (2015) Etika Kerja Islam Dalam Pengurusan Insan. Social Sciences Postgraduate Seminar (Sspis) 2015. E-Isbn 978-967-11473-2-0, Universiti Sains Malaysia

    26. Noh, M. M. M., Basir, S. A., Taib, L., Ahmadun, M., & Husin, W. N. H. W. (2015). Kajian Kes Perlaksanaan Etika Kerja Islam (Eki) Di Johor Corporation (Jcorp): Tumpuan Kepada Perlaksanaan Dan Faedahnya. Jurnal Pengurusan (Ukm Journal Of Management), 45.

    27. Nor Azzah, K. & Siti Arni, B. 2013. Etika Di Institusi Islam: Penelitian Ke Atas Faktor Pendorong Perlaksanaannya. Dlm. Islamic Perspective On Management: Contemporary Issues, Disunting Oleh Nor Azzah, K., Azian, M. & Suhaili, S., 3-24. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan Yapiem

    28. Ramadhani, F. (2018). Pengaruh Penumbuhan Etika Kerja Islam Terhadap Kinerja Karyawan Dengan Komitmen Organisasi Sebagai Variabel Intervening (Doctoral Dissertation, Iain Surakarta).

    29. Redfield, R. (1955). The social organization of tradition. The Journal of Asian Studies, 15(1), 13-21.

    30. Robertson, C., & Fadil, P. A. (1999). Ethical decision making in multinational organizations: A culture-based model. Journal of business ethics, 19(4), 385-392.

    31. Robbins, S. P. (1996). Organizational Behavior, Englewood Cliffs. NewJersey: Prentice Hall International Ltd, 25-40.

    32. Roth, W. (1998). Middle management: the missing link. The TQM Magazine.

    33. Saeed Hameed (2015.) Fundamental Islamic Perspective Of Work Ethics. Journal Of Islamic Accounting And Business Research. Vol.7.No.1, 2016

    34. Shklovski, I., Kraut, R., & Rainie, L. (2004). The Internet and social participation: Contrasting cross-sectional and longitudinal analyses. Journal of Computer-Mediated Communication, 10(1), JCMC1018.

    35. Triandis, H. C. (1983). Allocentric vs. idiocentric social behavior: A major cultural difference between Hispanics and the mainstream. University of Illinois.

    36. Wagner III, A.J., & Hollenbeck, R.J. (1995). Management Of Organizational Behaviour. New Jersey: Prentice Hall, Inc

    37. Wahibur Rahman. 2010. The Effect Of The Islamic Work Ethics On Work Outcomes. Journal Of Business Ethics And Organization Studies.

    38. Wines, W.A. & N.K. Napier (1992). Toward An Understanding Of Cross-Cultural Ethics: A Tentative Model. Journal Of Business Ethics, 11 (11), 831-841.

    39. YUTEVA A, S., & YUYETTA, E. N. A. (2010). Analisis Pengaruh Etika Kerja Islam Terhadap Komitmen Profesi Internal Auditor, Komitmen Organisasi, dan Sikap Perubahan Organisasi (Studi Empiris Terhadap Internal Auditor Perbankan Syariah di Kota Semarang dan Jakarta) (Doctoral dissertation, UNIVERSITAS DIPONEGORO).