Peratusan Kanak-Kanak dan Remaja yang Mengambil Bahagian dalam Program Sukan dan/atau Aktiviti Fizikal yang Dianjurkan dalam Daerah Sepang
List of Authors
Ainool Husaini Md Yatim, Denise Koh
Keyword
penyertaan sukan, kanak-kanak dan remaja, aktiviti fizikal terancang, prestasi akademik
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penyertaan kanak-kanak dan remaja dalam program sukan dan aktiviti fizikal yang dirancang di daerah Sepang, Selangor, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penyertaan, menilai kesan penyertaan terhadap perkembangan, serta mencadangkan strategi peningkatan penyertaan berdasarkan dapatan kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas dengan pendekatan kuantitatif melibatkan 100 orang responden berusia antara 7 hingga 17 tahun yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata. Data dikumpul menggunakan soal selidik berstruktur dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kadar penyertaan dalam program sukan adalah menggalakkan dan melebihi purata global bagi negara membangun. Analisis turut menunjukkan bahawa sokongan ibu bapa dan faktor keseronokan merupakan pemangkin utama penyertaan, manakala kekangan masa, kos, dan akses kemudahan dikenal pasti sebagai cabaran utama. Penyertaan dalam program sukan didapati memberi kesan positif yang signifikan terhadap prestasi akademik serta kesan sederhana terhadap kemahiran sosial dan keyakinan diri, manakala tiada perbezaan signifikan penyertaan berdasarkan jantina dan status sosioekonomi. Secara keseluruhan, kajian ini mengesahkan peranan penting program sukan sebagai alat pembangunan holistik kanak-kanak dan remaja, serta menyumbang bukti empirikal bagi menyokong perancangan dan pelaksanaan dasar sukan yang inklusif dan berkesan di peringkat tempatan.