Prinsip etika dan implementasinya dalam pentadbiran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
List of Authors
  • Khairiah Mohd Yassin

Keyword
  • Prinsip Etika, Implementasi, Pentadbiran, Lembaga Zakat Negeri Kedah, LZNK

Abstract
  • Lembaga Zakat Negeri Kedah merupakan sebuah institusi zakat yang mengendalikan segala bentuk kutipan dan agihan zakat. Institusi ini cukup unik kerana secara amalannya berlaku pengasingan kuasa sama ada daripada pentadbiran di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mahupun Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Pengasingan kuasa tersebut merupakan titah perkenan daripada Ketua Tertinggi Agama Islam di Kedah iaitu Yang Mulia Paduka Sultan Kedah. Sebagai sebuah institusi Islam yang mempunyai kuasanya yang tersendiri, LZNK turut berdepan dengan pelbagai isu integriti seperti karenah birokrasi, ketidaktelusan serta ketidakcekapan dalam pentadbiran dan pelaksanaan prosedur operasi standard sama ada ketika membuat proses kutipan mahupun pengagihan wang zakat. Justeru, kajian ini dilaksanakan dalam usaha mengkaji konsep dan prinsip etika dalam pentadbiran, serta meneliti falsafah etika dalam pentadbiran terkhas di LZNK. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kajian kepustakaan dalam kaedah pengumpulan data dengan menumpukan kepada kertas kerja serta laporan membabitkan sejarah pentadbiran dan pengurusan LZNK. Kaedah analisis data pula mengimplemenkan analisis tekstual deskriptif terhadap data dan fakta berkaitan. Dapatan awal kajian memperolehi bahawa falsafah etika di dalam pentadbiran LZNK menekankan prinsip patuh syariah serta melaksanakan sebuah tadbir urus yang baik. Namun gerak kerja dalam pentadbiran LZNK perlu diperhalusi semula dan ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi melancarkan proses pengurusan zakat di seluruh Kedah. Implikasi kajian ini dinilai memberi impak tinggi terhadap pemantapan proses pentadbiran dan pengurusan LZNK berasaskan etika Islam yang sebenar sehingga dapat dijadikan rujukan dan panduan penting kepada institusi zakat yang lain merentasi sempadan negeri mahupun negara.

Reference
  • 1. Ahmad Sunawari Long. (2006). Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    2. Bernama. (2017). “Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu”. Astro Awani, 19 Jun 2017, http://www.astroawani.com.

    3. Bernama. (2018). “Hati-hati kutipan zakat fitrah tidak bertauliah di Kedah – LZNK”. Astro Awani, 10 Jun 2018, http://www.astroawani.com.

    4. Bonhoeffer, Dietrich. (1995). Ethics. New York: A Touchstone Book.

    5. Broadie, Sarah. (1991). Ethics With Aristotle. Oxford: Oxford University Press.

    6. Ghazali, al. (1985). Al-Munqidh min al-Dhalal. Kaherah: Dar al-Maarif.

    7. Hafizah Zainal, Azizi Abu Bakar & Ram Al-Jaffri Saad. (2017). Tahap Kepercayaan Institusi Zakat Di Kedah. Journal of Humanities, Language, Culture and Business, Vol. 1, No. 4, September 2017, h. 69-77.

    8. Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah Darulaman. (1986). Laporan Tahunan Zakat Kedah Darulaman 1986-1990 Masihi (1406-1410 Hijrah). Kedah: Jabatan Zakat Negeri Kedah Darulaman.

    9. Mohd Nasir Omar. (2010). Falsafah Akhlak. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    10. Muhammad Hafiz Bin Badarulzaman, Alias Azhar & Che Talbi Md Ismail. (2017). Kerangka Perundangan Pentadbiran Zakat di Negeri Kedah: Satu Analisis Perbandingan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, Vol. 3, No. 6 (2017), h. 1-9.

    11. Muhsin Nor Paizin. (2016). Institusi Pungutan Zakat (IPZ): Menilai Objektif Institusi. Menelusuri Isu-isu Kontemporari Zakat. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat.

    12. Pojman, L. P. (1999). Ethics. USA: Wadsworth Publishing Company.

    13. Ram Al-Jaffri Saad. (2018). Analisis Penyata Kewangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Bagi Tahun 2015 dan 2016. Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara Ke-3, 2018, h. 289-299.

    14. Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, Asmak Ab. Rahman & Mohd Izani Mohd Zain. (2008). Efektif Governan Dan Pelaksanaannya Dalam Pentadbiran Islam. Jurnal Shariah, Jil. 16, Keluaran Khas (2008), h. 465-496.

    15. Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy. (2010). Etika Penjawat Awam Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    16. Sinar Harian. (2018). “Hati-hati bayar zakat”. Astro Awani, 8 Jun 2018, http://www.astroawani.com.

    17. Syed Othman AlHabshi. (1993). Islamic Work Ethics. Islam, Budaya Kerja dan Pembangunan Masyarakat. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    18. Utusan Malaysia. (2018). “Selaraskan operasi institusi zakat”. Utusan Malaysia, 21 Julai 2018, https://www.utusan.com.my.

    19. Warne, Christopher. (2006). Aristotle’s Nicomachean Ethics. London: Continuum International Publishing Group.

    20. Zainal Yang. (2003). Nilai, Etika dan Budaya Kerja Dalam Pentadbiran Sektor Awam di Malaysia Dari Perspektif Islam. Jurnal Pengurusan Awam, Jil. 2, Bil. 1, Januari 2003, h. 45-67.