Penerapan contact theory dalam model SCL case study dan project-based learning untuk kursus hubungan etnik di Universiti Putra Malaysia
List of Authors
  • Arfah Ab. Majid

Keyword
  • Hubungan etnik, contact theory, Student Centered Learning (SCL)

Abstract
  • Kursus Hubungan Etnik merupakan salah satu kursus umum universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar universiti awam dan swasta bermatlamat untuk mempromosikan kesatuan dalam kepelbagaian di Malaysia. Dalam usaha mencapai objektif ini, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran termasuklah Student Centered Learning (SCL) telah digunapakai oleh pensyarah-pensyarah kursus Hubungan Etnik. Kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar ini memerlukan kontak, interaksi dan kerjasama yang tinggi antara pelajar. Dengan tercetusnya lebih banyak kontak sesama pelajar berbilang etnik dan agama, hubungan antara mereka dijangkakan akan menjadi lebih erat dan harmoni. Contact theory ini telah diperkenalkan oleh Gordon Allport (1954). Menurut beliau, kontak yang memenuhi syarat-syarat tertentu dapat mengurangkan prejudis dan memperbaiki hubungan antara etnik. Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk meneroka kaedah pelaksanaan beberapa model SCL yang biasa dilaksanakan iaitu case study, project-based learning dan gabungan kedua-dua model ini, menganalisis penerapan contact theory dan menguji tahap kuantiti dan kualiti kontak untuk kesemua model SCL ini. Kajian ini menggunakan pendekatan mix-method iaitu kualitatif dan kuantitatif untuk mencapai objektif. Untuk mendapatkan maklumat berkenaan kaedah pelaksanaan model-model SCL dan penerapan contact theory, rekabentuk kajian kes (kualitatif) dengan menggunakan temubual dan analisis dokumen kepada kumpulan-kumpulan kuliah tertentu telah dilaksanakan. Pensyarah-pensyarah dan kumpulan-kumpulan kuliah yang terlibat telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Selain itu, sebuah tinjauan (kuantitatif) dengan menggunakan borang soal selidik telah diedar kepada pelajar-pelajar kumpulan berkenaan diakhir semester untuk mendapatkan data berkaitan tahap kuantiti dan kualiti kontak. Hasil kajian mendapati kesemua model SCL telah menerapkan contact theory dengan baik dalam pelaksanannya. Namun yang demikian, analisis tahap kuantiti dan kualiti kontak menunjukkan bahawa gabungan model SCL case study dan project-based learning mencapai tahap kuantiti dan kualiti kontak yang paling tinggi berbanding case study dan project-based learning sahaja. Walaupun terdapat banyak faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi tahap kuantiti dan kualiti ini, gabungan model SCL case study dan project-based learning boleh dipertimbangkan untuk diaplikasikan oleh pensyarah kursus Hubungan Etnik sebagai model SCL mereka untuk pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut.

Reference
  • 1. Aboud, F. E., & Amato, M. (2001). Developmental and socialization influences on intergroup bias. In R. Brown & S.L. Gaertner (Eds.), Blackwell handbook of social psychology: intergroup processes (pp. 65-85). Oxford: Blackwell.

    2. Allport, G.W. (1954). The nature of prejudice. Cambridge, Mass: Addison-Wesley.

    3. Brandes, D. and P. Ginnis (1986). A Guide to Student-centered Learning. Oxford: Blackwell.

    4. Bruner, R. (2002). Socrates’ muse: Reflections on effective case discussion leadership. New York: McGraw-Hill.

    5. Cannon, R. (2000). Guide to support the implementation of the Learning and Teaching Plan. Australia: The University of Adelaide.

    6. Chu, D. & Griffey D. (1985). The contact theory of racial integration: the case of sport. Sociology of Sport Journal. 2, 323-3.

    7. Dovidio, J. F., Gaertner, S. L., & Kawakami, K. (2003). Intergroup contact: The past, present, and the future. Group processes and intergroup relations, 6, 5–20.

    8. Foran, J. (2001). The case method and the interactive classroom. Thought and action, 17(1). 41-51.

    9. Foran, J. (2002, June). Student Guidelines for Case Discussion. Retrieved from http://casemethod.projects.soc.ucsb.edu/guidelines.html#foot1

    10. Gaertner, S. L., & Dovidio, J. F. (1986). The aversive form of racism. In J. F. Dovidio & S. L. Gaertner (Eds.), Prejudice, discrimination, and racism (pp. 61–89). Orlando, FL: Academic Press.

    11. Gaertner, S. L., Dovidio, J. F., Rust, M. C., Nier, J., Banker, B., Ward, C. M. et al. (1999). Reducing inter-group bias: Elements of inter-group cooperation. Journal of personality and social psychology, 76, 388–402.

    12. Gall, M. D., Borg, W. R., & Gall, J. P. (1996). Educational research: An introduction.White Plains, NY: Longman.

    13. Kawakami, K., Dovidio, J. F., Moll, J., Hermsen, S., & Russin, A. (2000). Just say no (to stereotyping): Effects of training in negation of stereotypic associations on stereotype activation. Journal of personality and social psychology, 78, 871–888.

    14. Lemmer, G., & Wagner, U. (2015). Can we really reduce ethnic prejudice outside the lab? A meta-analysis of direct and indirect contact interventions. European Journal of Social Psychology, 45(2). 152–168.

    15. Markham, T. (2011). Project Based Learning. Teacher Librarian, 39(2). 38-42.

    16. Paluck, E. L., & Green, D. P. (2009). Prejudice reduction: What works? A Review and assessment of research and practice. Annual review of psychology, 60. 339-367

    17. Thomas, J. W. (2000). A Review of research on project-based learnin. California, USA: The Autodesk Foundation

    18. Weimer, M. (2002). Learner-centered teaching: Five key changes to practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

    19. Yasseri, Dar., Finley, Patrick M., Mayfield, Blayne E., Davis, David W., Thompson, Penny., Vogler & Jane S. (2018). The hard work of soft skills: augmenting the project-based learning experience with interdisciplinary teamwork. Instructional Science, 46 (3). 457-488.