Memperkasa anak-anak dengan pendidikan seksual: satu model Islami
List of Authors
  • Siti Fatimah Abdul Rahman

Keyword
  • Pendidikan Seks, Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Remaja, Masalah Sosial, Keibubapaan

Abstract
  • Masalah sosial berkaitan seks dalam kalangan remaja di negara ini sering menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Kes-kes hamil luar nikah, buang bayi, rogol ketika keluar temujanji dan seumpamanya yang dilaporkan di dada akhbar menimbulkan kesedaran bahawa pendidikan seksual amat penting untuk diberikan kepada golongan remaja. Tambah pula, kajian terdahulu membuktikan bahawa remaja di negara ini memiliki tahap pengetahuan seksual yang sederhana dan/atau rendah. Ini tidak menghairankan kerana kajian juga menunjukkan bahawa kawan-kawan dan internet adalah dua sumber utama remaja mendapat maklumat tentang seks. Untuk memperbaiki keadaan ini, pendidikan seksual diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia, baik di sekolah rendah, mahupun menengah. Pendidikan seksual ini diajarkan merentas kurikulum dan dari segi perlaksanaannya, ia memiliki kekangan-kekangannya yang tersendiri yang menjejaskan keberkesanan pendidikan seksual tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti satu Model Pendidikan Seksual Islami dalam usaha untuk memperkasakan anak-anak dengannya. Dengan merujuk kepada hasil tulisan pemikir Islam – Abdullah Nasih Ulwan – pendidikan seksual dari perspektif Islam akan diketengahkan untuk manfaat masyarakat. Ternyata Islam telah menyediakan garis panduan yang terperinci berkaitan hal ini yang merangkumi: (i) kepentingan pendidikan seksual kepada anak-anak; (ii) kandungan pendidikan seksual dalam Islam; (iii) agen sosialisasi pendidikan seksual yang terbaik; (iv) kaedah pelaksanaan pendidikan seksual; (v) masa yang sesuai untuk melaksanakan pendidikan seksual; dan, (vi) tempat yang sesuai untuk melaksanakan pendidikan seksual. Kajian ini menyimpulkan bahawa Abdullah Nasih Ulwan telah mengenengahkan Model Pendidikan Seksual Islami yang asas dan model ini perlu diketengahkan untuk manfaat masyarakat Muslim, khususnya ibu bapa, agar mereka dapat diperkasakan untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan seksual ini sebaik mungkin.

Reference
  • 1. Abd Manaf, A. R., Hillaluddin, A. H., Jamaluddin, Z., Ahmad, N. A., Mohd Arshad, F. H., Mat Saad, Z., . . . and Wan Abdullah, W. A. (2013, Jun). Pengetahuan Seksualiti Dalam kalangan Pelajar Sekolah. Jurnal Pembangunan Sosial, 16, 15-31.

    2. Akbari Kamrani, M., & Syed Yahya, S. (2016). Bringing X, Y, Z Generations Together to Facilitate School-Based Sexual and Reproductive Health. Global Jurnal of Health Science, 8(9), 132-138.

    3. Ihwani, S., Muhtar, A., Musa, N., Ab Rahim, N., & Rashed, Z. (2015). Sex Education Beyond School: Implications for Practice and Research. Journal of Advanced Review on Scientific Research, 14(1), 12-16.

    4. Ihwani, S., Muhtar, A., Musa, N., Rashed, Z., Tamuri, A., & Hamzah, M. (2016). Attititudes of Islamic Education Teachers towards Sex Education. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 2(1), 124-133.

    5. Jaafar, A., Siew Lee, C., & Mat Zin, N. (2012, June). Pembangunan dan Penilaian Kepenggunaaan Perisian Kursus Pendidikan Seksualiti Malaysia. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 1(1), 1-20.

    6. Jamaluddin, Z., Abd Manaf, A., Sayuti, R., Md Zain, R., & Ahmad, A. (2018, Nov 23). Sexuality and Sources of Information: A study of Unwed Teenage Mother's in Women's Shelter in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 8(11), 67-75.

    7. Kerry H. Robinson, E. S. (2017). Responsibilities, tensions and way forward: parents' perspectives on children's sexuality education. Sex Education, 17(3), 333-347.

    8. Khadijah, S. (2018, March 2). Retrieved january 2020, from islamika.com.my: http://islamika.com.my/2018/03/02/dr-abdullah-nasih-ulwan-1928-1987/

    9. Low, W. Y. (2009). Malaysian Youth Sexuality: Issues and Challenges. JUMMEC, 12(1), 3-14.

    10. Makol-Abdul, P. R., Nurullah, A. S., Imam, S. S., & Abd. Rahman, S. (2009). Parents' Attitudes towards Inclusion of Sexuality Education in Malaysian Schools. International Journal about Parents in Education, 3(1), 42-56.

    11. Masumi, S. (n.d.). Code of Ethics of Muslim Men and Women. Retrieved February 10, 2020, from https://www.al-islam.org/code-ethics-muslim-men-and-women-sayyid-masud-masumi/glossary-terms

    12. Mohd Yusof, F., Razali, K., Rosman, A. S., & Mustafa, Z. (2012). Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seksualiti dan Kekeluargaan Merentasi Kurikulum Sekolah Menengah: Satu Analisis. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan & Pendidikan Islam: Pengajaran dan Pembelajaran Realistik Dalam Pendidikan islam - Penerokaan Terhadap Kandungan & Kaedah (pp. 601-608). Bandar Seri Begawan: Psat Penerbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

    13. Ruskam, A., Kadir, A., Haiyon, S., & Shamugam, M. (2012). Pandangan guru Sekolah Menengah terhadap cadangan pelaksanaan pendidikan seks di peringkat sekolah. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012), (pp. 569-574).

    14. Ulwan, A. N. (1988). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (Vol. 1 & 2). (S. A. Semait, Trans.) Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

    15. Ulwan, A. N. (1988). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (1988 ed., Vol. 1). (S. A. Semait, Trans.) Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

    16. Ulwan, A. N. (1988). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam (1988 ed., Vol. 2). (S. A. Semait, Trans.) Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

    17. Y, S., Fui-Ping, W., B, R., M, M., J, R., & A.T, M. (2010, Dec). Factors Related to Sexual Knowlegde Among Malaysian Adolescents. Jurnal Kemanusiaan, 16, 21-32.