Perlambangan kata kerja dalam lirik lagu “Bebaskan” berdasarkan teori relevans
List of Authors
  • Hartini Mohd Ali , Normaliza Abd Rahim

Keyword
  • Perasaan khalayak, kata kerja, teori relevan

Abstract
  • Lagu merupakan salah satu medium untuk seseorang menzahirkan perasaan ke dalam bentuk tulisan agar perasaan itu dapat dibaca oleh khalayak pembaca. Lagu juga boleh dikategorikan sebagai puisi. Dalam sesebuah lagu, elemen bahasa menjadi tunjang penting di samping menggunakan kreativiti penulis untuk menghasilkan lagu yang baik. Justeru, kajian ini akan mengkaji aspek perlambangan kata kerja dalam lagu ‘Let It Go’ versi bahasa Melayu yang bertajuk ‘Bebaskan’ berdasarkan teori relevan. Lagu ‘Bebaskan’ ini merupakan lagu tema bagi filem animasi Frozen yang telah mula ditayangkan sejak 2013. Lagu ini telah diubah suai ke dalam versi bahasa Melayu yang bertajuk ‘Bebaskan’ dan dipopularkan oleh Marsha Milan Londoh. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kata kerja yang digunakan dalam lagu ‘Bebaskan’ serta membincangkan makna dan fungsi kata kerja dalam lagu ‘Bebaskan’. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah analisis teks terhadap lagu yang dikaji sekaligus menjadikan lagu ‘Bebaskan’ sebagai instrumen kajian. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Teori Relevan yang diasaskan oleh Sperber & Wilson (1986). Keputusan kajian mendapati bahawa penggunaan kata kerja dalam lagu ‘Bebaskan’ dapat mempengaruhi pemahaman khalayak.

Reference
  • 1. Asmah Omar. (1993). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. Budidharma. (2001). Belajar Sendiri Mencipta Lagu. Jakarta: Gramedia.
    3. Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. M. Hermintoyo, et al. (2005). Implikatur Metafora dalam Lirik Lagu Indonesia Populer Suatu Kajian Semiotik-Pragmatik. Indonesia: Universitas Diponegoro Semarang.
    5. Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    7. Mana Sikana. (1986). Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
    8. Misran Rokimin. (2000). Pendidikan Moral Menerusi Bahan Bacaan Sastera Kanakkanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    9. Mohd Kassim Ismail. (2004). Sastera Rakyat Suatu Warisan, Siri Kajian Sastera Fajar Bakti. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
    10. Nor’aini Tahir, Roszikin, & Zainab Zakaria. (2007). Perkembangan Kognitif & Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
    11. Normaliza Abd Rahim. (2011). Gangguan dalam Sesi Bercerita Kanak-kanak Asperger. Jurnal Linguistik, 13: 1-10.
    12. Normaliza Abd Rahim, & Siti Nur Alia Roslan. (2012). Kata Kerja Melalui Penerapan Kinestetik Pelajar Sekolah Rendah di Nottingham United Kingdom: Satu Analisis. Jurnal Bahasa Brunei. JB, 26(Mei-Ogos): 96-104.
    13. Normaliza Abd Rahim, Roslina Mamat, Hazlina Abdul Halim, Arbaie Sujud, & Siti Nur Aliaa Roslan. (2013). The Influence of Online Anime Towards Children. Online Journal of Communication and Media Technologies. July, 3(13): 199-206.
    14. Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim, & Roslina Mamat. (2014a). Awareness of Folklore in Multimedia: Spoken Discourse among Learners. Technics Technologies Education Management, 9(2): 352-360.
    15. Normaliza Abd Rahim. (2014a). The Nearly Forgotten Malay Folklore: Shall We Start with The Software? TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology, July, 13(3): 216-221.
    16. Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim, & Roslina Mamat. (2014b). Learning via Television Cartoon. Asian Social Science Journal, 10(15): 8-5.
    17. Normaliza Abd Rahim. (2014b). Perception on the Animal Fable ‘Bird of Paradise’ Song. Asian Social Science Journal, October, 10(19): 17-23.
    18. Normaliza Abd Rahim. (2014c). Wacana Bahasa. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
    19. Normaliza Abd Rahim, Nur Maisarah Roslan, & Siti Nur Aliaa Roslan. (2015). Konflik Emosi dalam Lirik Lagu ‘Nipah oh Nipah’. Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu IX (SALPBM IX) 2015 (pp. 165-171). Serdang: UPM.
    20. Nor Hashimah Jalaludin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    21. Othman Puteh & Abd Samad. (1984). Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    22. Othman Puteh. (1995). Berbagai-bagai Aspek Buku Kanak-kanak Berdasarkan Buku yang Telah Diterbitkan: “Suatu Kajian Ringkas Terhadap Tema dan Struktur”. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    23. Siti Noor Riha Sulong, & Normaliza Abd Rahim. (2015). Laras Bahasa dalam Lirik Lagu “Hakim yang Bijaksana”. Journal of Business and Social Development, September, 3(2): 103-111.
    24. Sperber, D., & Wilson, D. (1986). Relevance: Communication and Cognition. Oxford: Blackwell.
    25. Sperber, D., & Wilson, D. (1999). Relevans Komunikasi dan Kognisi. Diterjemah oleh Nor Hashimah Jalaludin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    26. Umar Junus. (1988). Karya Sebagai Sumber Makna Pengantar Strukturalisme. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    27. Siti Khariah Mohd Zubir. (2007). Peranan Bahasa dan Sastera: Umpama Irama dan Lagu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.