Faktor Penentu Pemilikan Insurans Hayat dan Takaful Keluarga dalam Kalangan Isi Rumah B40
List of Authors
  • Farah Zaharuddin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Insurans hayat atau takaful keluarga merupakan antara alat perlindungan risiko yang amat penting pada masa kini. Disebabkan kos perubatan dan rawatan semakin meningkat, penggunaan insurans hayat dan takaful keluarga dapat membantu pengguna untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi terutama sekali dari segi kewangan penduduk yang tergolong dalam kalangan B40. Di Malaysia, masih ramai individu yang tidak cakna akan kepentingan insurans hayat dan takaful keluarga menyebabkan industri ini kurang mendapat sambutan. Terdapat juga segelintir individu yang berpendapat pengambilan insurans hayat atau takaful keluarga perlu mengeluarkan kos yang tinggi dan merupakan suatu pembaziran. Bagi mengatasi masalah ini, industri insurans dan takaful telah menyediakan beberapa jenis produk yang bersesuaian untuk setiap golongan masyarakat. Hal ini kerana tujuan utama pengambilan insurans hayat dan takaful keluarga adalah untuk meringankan beban seseorang apabila berlaku musibah dan memastikan pengguna mendapat rawatan yang sepatutnya dengan cepat dan mudah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilikan insurans hayat dan takaful keluarga dalam kalangan isi rumah B40. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat kepada para pengguna tentang kepentingan pemilikan insurans hayat dan takaful keluarga serta membantu pihak industri insurans dan takaful untuk memastikan produk yang ditawarkan adalah berpatutan untuk pengguna yang berada dalam kalangan B40 supaya masa depan mereka juga dapat dijamin.


Reference
  • No Data Recorded