Meneroka kefungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal yang dirujuk ibu bapa untuk intervensi kerja social
List of Authors
  • Ezarina Zakaria , Maznah Othman , Norulhuda Sarnon

Keyword
  • Kefungsian keluarga, remaja, tingkah laku tidak terkawal, remaja perempuan, rujukan ibu bapa

Abstract
  • Remaja berhadapan dengan cabaran perkembangan diri, namun turut terkesan dengan persekitaran keluarga yang berubah seiring kemajuan teknologi serta globalisasi. Dengan begitu banyak kes remaja perempuan yang terlibat dengan tingkah laku tidak terkawal dirujuk oleh ibu bapa mereka untuk tujuan pemulihan kepada pekerja sosial, maka timbul persoalan tentang bagaimana kefungsian keluarga mereka. Justeru kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes ini bertujuan untuk meneroka kefungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal. Pemilihan informan adalah secara persampelan bertujuan, terdiri daripada remaja perempuan berumur 13 hingga 18 tahun yang telah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana pelbagai masalah tingkah laku. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga ciri utama ketidakfungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal iaitu (i) sosioekonomi yang rendah; (ii) gaya keibubapaan tidak bersesuaian; dan (iii) tiada role model dalam keluarga. Perkembangan semulajadi remaja turut dilihat sebagai pengalaman yang berkaitan dengan tingkah laku tidak terkawal. Secara umumnya remaja perempuan tidak terkawal bukan sahaja mempunyai keluarga disfungsi, tetapi turut berhadapan dengan cabaran persekitaran negatif dan tidak mampu membuat penyesuaian dengan keluarga tersebut. Kesimpulannya, remaja perempuan yang tidak terkawal berhadapan dengan dilema dan kemelut kerana mempunyai keluarga yang tidak berfungsi. Beberapa cadangan program pemulihan turut diberikan seperti intervensi berasaskan keluarga, pemerkasaan remaja dan keluarga disamping pemantapan nilai-nilai murni, moral dan kerohanian. Ketidakfungsian keluarga turut diambil kira di dalam program intervensi bagi membantu remaja perempuan ke arah yang lebih produktif dan hidup dalam keluarga yang lebih sejahtera.

Reference
  • 1. Amran Hassan, Fatimah Yusooff & Khadijah Alavi. (2014). Pengaruh Faktor Kesepaduan (Kefungsian Keluarga) dan Kemahiran Keibubapaan Terhadap Kesejahteraan Psikologi dalam Kalangan Ibu Bapa dan Anak. 3:1 (2014) 99–105. www.sainshumanika.utm.my
    2. Arieff Salleh Rosman & Wardah Mokhtar. (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
    3. Arthur, R. (2007). Family life and youth offending: Home is where the hurt is. London: Routledge.
    4. Asmawati Desa, Fatimah Yusooff, Zainah Ahmad Zamani, Nor Ba’yah Abdul Kadir & Mohd Norahim Mohamed Sani. (2015). Kemahiran Keibubapaan, Kefungsian Keluarga Dan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Ibubapa. Jurnal Psikologi Malaysia 29 (2) (2015): 32-42 ISSN-2289-8174
    5. Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri (2005). Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pendidikan.
    6. Azizi Yahya, Yusof Boon & Kamaliah Nordin. (2005). Hubungan Antara Konsep Kendiri, Motivasi Dan Gaya Keibubapaan Dengan Pencapaian Pelajar. Kajian yang tidak diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
    7. Azlina Mohd Kosnin, Suzila Mustapha. (2010). Kaitan Antara Faktor-Faktor Kekeluargaan Dengan Tingkah Laku Delikuensi Pelajar. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
    8. Bowen, H.J.M. (1966). Family Therapy in Clinic Practice. New York: Jason Aronson; 1966 Ezarina Zakaria, Nur Farrah Alya Zakaria, Norulhuda Sarnon & Nor Jana Saim. (2017). Penerimaan Mangsa Rogol Statutori Terhadap Diri Sendiri dan Pelaku Rogol: Satu Kajian Kes. Special Issue 3 (2017): 016 ISSN: 1823-884x. Journal of Social Science and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia
    9. Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Salina Nen, Norulhuda Sarnon & Nor Jana Saim. (2014). Pengguna Dadah Wanita di Malaysia: Pengalaman Penagihan dan Hubungan Kekeluargaan. Jurnal Teknologi.
    10. Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon @ Kusenin, Khadijah Alavi, Mohd Suhaimi Mohamad, Noremy
    11. Md Akhir & Salina Nen. (2012). Memperkasakan Pengetahuan Agama dalam Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal of Social Sciences and Humanities, vol. 7 (1), April 2012.
    12. Freud, S.F. (1953). Circle of Friends: The Role Of Gender And Networks In Delinquent Group Friendships, & Romantic Experiences In Adolescence. Journal of Adolescent Research, 23, 4, 471-487.
    13. Harlina Halizah Siraj (2004, 12 Disember). Cabaran Globalisasi. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/utusan/info. Di akses pada 26 Ogos 2015.
    14. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. (2017). Laporan Statistik. Kuala Lumpur: JKMM.
    15. Khadijah Alavi, Aizan Sofia Amin, Mohamad Subhi N & Norulhuda Mohd Sarnon. (2012). Kerja Sosial Di Sekolah: Memahami Dan Menangani Penderaan Kanak-Kanak. Volume 7, Number 1, 17-37, 2012.(e-Bangi)
    16. Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, Noremy Md. Akhir, Mohd Suhaimi Mohamad & Noorhasliza Mohd Nordin. (2012). Hamil Luar Nikah dalam Kalangan Remaja. UKM. Volume 7, Number 1, 131-140, April Special- 2012. ISSN: 1823-884x
    17. Minuchin, S. (1980). Families and Family Therapy. Cambridge, MA: Harvard University Press.
    18. Najmuddin, H. (2003). Memahami dan Membimbing Remaja Nakal. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.
    19. Nasrudin Subhi, Radhiah Abu Bakar, Norazura Ahmad, Suzana Mohd Hoesni, Fauziah Ibrahim &
    20. Mohd Suhaimi Mohamod. (2012). Hubungan Seksual Remaja: Antara Cinta Dan Nafsu. Journal of Social Sciences And Humanities, 7(1):015-025.
    21. Noralina Omar & Siti Hajar Abu Bakar Ah. (2012). Pendedahan Kehamilan Luar Nikah: Input Baru bagi Program Pencegahan Pembuangan Bayi. International Social Work Conference 2012 – Crafting Symbiotic Partnership and Collaboration in the Asia-Pacific Region. Perpustakaan Negara Malaysia Cataloging-in-Publication Data. Hotel Bayview Georgetown, Penang. ISBN 978-967-394-119-3
    22. Norulhuda Sarnon, Nor Jana Saim, Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Suzana Mohd Hoesni, Salina Nen, Nasrudin Subhi, Mohd Suhaimi Mohmmad, Khadijah Alavi & Chong Sheau Tsuey. (2018). Meneroka Peranan Remaja Tidak Terkawal ke atas Isu Keluarga: Ke Arah Memahami Self Discovery Remaja Keluarga Disfungsi. Jurnal Psikologi Malaysia 32(4) (2018): 28-43 ISSN-2289-8174.
    23. Nurul Badriyah Binti Ali, Ummi Farhah Binti Usman Agung & Siti Hawa Ahmad. (2016). Demografi Remaja Wanita Bermasalah: Kajian Analisis Terhadap Penghuni Dua Pusat Bimbingan, Raudhatus Sakinah dan Dar As-Sa’adah. Journal of Humanities & Social Sciences. KUIS. Vol 3 BIL 1 (Jun 2016). e-ISSN: 2289 8042
    24. Olson, D. H. (1988). Family Assessment and Intervention: The Circumplex Model of Family Systems. Child and Youth Services, 11, 9-48.
    25. Olson, D. H., McCubbin, H. I., Barnes, H., Larsen, A., Muxen, M. & Wilson, M. (1992). Family Inventories: Inventories Used in a National Survey of Families Across the Family Life Cycle. St. Paul, MN: University of Minnesota.
    26. Preechawong Sunida, et al. (2007). Relationships of Family Functioning, Self-esteem, and Resourceful Coping of Thai Adolescents with Asthma. Issues in Mental Health Nursing. 2007;28(1):21–36
    27. Rohany Nasir, Zainah Ahmad Zamani, Rozainee Khairudin, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Mohd. Norahim Moh. Sani & Aizan Sofia Amin. (2016). Hubungan Antara Kesunyian dan Sokongan Sosial Terhadap Kemurungan dalam Kalangan Wanita Hamil Tanpa Nikah. Jurnal Psikologi Malaysia 30 (1) (2016): 152-159 ISSN-2289-8174 152
    28. Rozmi Ismail. (2015). Rempit di Malaysia: Isu dan Cabaran. Selangor. Perpustakaan Negara Malaysia.
    29. Sabitha, M. (2008). Pentadbiran dan Amalan Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    30. Salamatussaadah Abd Ghadur dan Nor Ba’yah Abdul Kadir. (2009). Hubungan Romantik dan Remaja Hamil Luar Nikah di Pusat Pemulihan. e-Bangi: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan 2009;4(1):106-13
    31. Sapora Sipon. (2007). Perluaskan Peranan Kaunselor. Berita Harian. 6 Februari 2007.
    32. Selvaratnam, D., Nor Aini, Norlaila. (2010). Warga Emas di Malaysia: ke Arah Kesejahteraan Ekonomi dan Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Siegel, L.J., Welsh, B.C. (2015). Juvenile Delinquency; Theory, Practice and Law. 12th edition. USA. Cengage Learning.
    33. Siti Hajar Abu Bakar Ah, Noralina Omar Siti Balqis Mohd Azam & Zaiton Azman. (2017). Program Pencegahan Berasas Keibubapaan untuk Bertindakbalas dengan Masalah Hamil Luar Nikah dalam Kalangan Remaja. The Malaysian Journal of Social Administration, 9(1): 1-28 1
    34. Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Narimah Samat. (2018). Kemiskinan Keluarga dan Pengaruhnya Terhadap Tahap Pendidikan Rendah Masyarakat Luar Bandar: Kajian Kes di Jajahan Bachok, Kelantan. e-Bangi. Vol. 13, No.2 (2018) 011-023, ISSN: 1823-884x
    35. Siti Noor Fazariah Bt Suis @ Mohd Rusdy & Zulkarnaen Ahmad Hatta. (2014). Tret Personaliti dalam Pembentukan Tingkahlaku Kanak-Kanak Delinkuen di Negeri Sabah. www.ums.edu.my/conferences/skik 2014. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. ISBN: 978-967-0582-32-0.
    36. Taganing, N.M. (2008). Hubungan Pola Asuh Otoriter dengan Perilaku Agresif pada Remaja (skripsi). Jakarta: Universitas Gunadarma.
    37. Tengku Elmi Azlina, Nor ‘Adha binti Abdul Hamid, Azizah bint Mat Rashid, Norul Huda Binti Bakar & Norashikin binti Azmi. (2015). Kesalahan Akhlak dan Perkaitannya dengan Faktor Kematangan, Kerohanian dan Kesedaran Kendiri Individu. World Academic and Research Congress 2015 (World-AR 2015) Ar-Rahim Hall, YARSI University, Jakarta, Indonesia, 9th – 10th December 2015
    38. Testa, J. A., Malec, J. F., Moessner, A. M., & Brown, A. W. (2006). Predicting Family Functioning After TBI: Impact of Neurobehavioral Factors. Journal of Head Trauma Rehabilitation, 21, 236-247.
    39. Wood, J., Chapin, K., & Hannah, M. E. (1988). Family Environment and Its Relationship to Underachievement. Adolescence, 23(90), 283-290.