Faktor-faktor penyumbang kewujudan penjaja tanpa lesen di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara, Kuching Sarawak
List of Authors
  • Ahi Sarok , Ajing Kartini Mohd Ramlee , Jeniri Amir

Keyword
  • Penjaja tanpa lesen, kebersihan, penjaja jalanan, pembanterasaan penguatkuasaan

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk menilai faktor-faktor penyumbang wujudnya aktiviti penjaja tanpa lesen di 5 kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Kuching, Sarawak; iaitu Bandar Baru Samariang, Jalan Tan Sri Ikhwan Zaini, Kampung Pinang Jawa, Jalan Astana dan Kampung Santubong memandangkan terdapatnya peningkatan bilangan penjaja sebanyak 60 orang iaitu dari 49 orang dalam tahun 2014 kepada 109 orang dalam tahun 2016. Aktiviti penjajaan tanpa lesen juga menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas, risiko kebersihan dan keselamatan makanan serta boleh menjejaskan imej DBKU jika tidak dibendung. Seramai 84 penjaja tanpa lesen dipilih secara rawak bertujuan untuk kajian ini. Pensampelan rawak bertujuan dipilih memandangkan responden sukar didekati kerana mereka berjaja secara randah, sambilan dan tidak suka dijadikan bahan penyelidikan. Exploratary Factor Analysis (EFA) dan ANOVA sehala digunakan untuk mendapat hasil kajian. Hasil kajian mendapati 5 faktor utama yang mendorong wujudnya aktiviti penjajaan tanpa lesen ialah faktor perundangan, faktor pendorong, faktor kemudahan, ekonomi dan campur tangan politik. Faktor lain adalah seperti keupayaan penguatkuasaan oleh anggota penguat kuasa DBKU. Dapatan kajian mengesahkan tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah wajar kerana berjaja di tepi jalan adalah salah. Aktiviti penjajaan juga menyediakan kemudahan kepada pelanggan, lokasi strategik, waktu operasi tanpa had, modal minimum serta menambah pendapatan keluarga. Campur tangan ahli politik membantu penjaja tanpa lesen berkomunikasi dengan pihak DBKU bagi menyatakan kemahuan dan kekurangan yang dikehendaki seperti membantu mereka untuk mendapat kawasan tapak berjaja yang sah serta dilengkapi kemudahan asas.

Reference
  • 1. Bhowmik, S. (2005). Economic and Political Weekly: Street Vendors in Asia. A Review. May 28-June 4, 2005.
    2. Borneo Post, (2011). DBKU nafi bertindak kasar, https://anak-kenyah.blogspot.my/2011/01
    3. DBKU, (2017). Senarai Data Penjaja Tanpa Lesen, Bahagian Penguat Kuasa DBKU, Kuching, Sarawak.
    4. DBKU, (2013). Kuching City CBS Enhancement Plan 2013, Kuching, Sarawak.
    5. James, H.S. 2002. When is a bribe a bribe? Teaching a workable definition of bribery. Teaching Business Ethics. 6 (2) : 199-217.
    6. Ibrahim Stapa, (2002). Pembangunan Sektor Ekonomi Informal Bandar: Kajian Tentang Penjaja dan Penjajaan di KL. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, UM, 2002.
    7. Indira, D. (2014). A Study on the Organisation of Street Hawking Business. International Journal of Management and Commerce Innovations ISSN 2348-7585 (Online), Vol. 2, Issue 1, pp 280-288. Month :L April 2014- September 2014.
    8. Jabatan Kerajaan Tempatan, (1995). Peranan PBT Terhadap Pembangunan Penjaja. Kertas Kerja Konvensyen Penjaja 1995, 1 Dis, Hotel Dynasty, Kuala Lumpur, Malaysia. Mohd Hazim Mokhtar, (1979). Aktiviti Retail. Penyertaan Bumiputera Dalam Bidang Perniagaan di Bandar Seremban: Saiz, Pola dan Kedudukan. Latihan IImiah. Jabatan Geografi, UKM, Bangi.
    9. Njaya, T. (2014). Nature, Operations and Socio-Economic Features of Street Food Entrepreneurs of Harare, Zimbabwe: IOSR Journal of Humanities and Social Science, 19(4): 49-58. Available from http://www.iosrjournals.org/iosr-jhss/papers/Vol19-issue4/Version-3/H019434958.pdf
    10. Nor Aini Idris, (2003). Kemiskinan Bandar dan Sektor tidak Formal di Malaysia. Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.
    11. Norhaslina Hassan, (2003). Accomodating the Street Hawkers in Kuala Lumpur, 39th ISoCaRP
    12. Scott, J., Gilliard, D., Scott, R, 2002. Eliminating bribery as a transnational marketing startegy. International Journal of Commerce and Management. 12 (1) ; 17 mukasurat.
    13. Trautman, N. (2003). Stopping Political Interference; Law & Order. October 2003;51,10; Education Collection pg. 104.
    14. Utusan Online, (2008). Penjaja Haram Kuasai Bahu Jalan Hingga Sesak. Arkib: Sabah & Sarawak, 10/10/2008; www. Utusan.com.my [layari pada 2/10/17].
    15. Utusan Sarawak, (2005). DBKU to Weed out Unlicensed Hawkers. 19 April, 2005.
    16. Zafarullah, H. & Siddique, N.A. (2001). Dissecting Public Sector Corruption in Bangladesh: Issues and Problems of Control. Public Organisation Review. 1(4):465-486.
    17. Zaiton Mohd Nor, (1982). Penyertaan Bumiputera Dalam Bidang Perdagangan Di Kajang. Latihan IImiah. Jabatan Geografi, UKM, Bangi.