Keutamaan dan cabaran kerjasama maritim Malaysia- Indonesia di Selat Melaka (2016-2020)
List of Authors
  • Amer Fawwaz Mohamad Yasid , Noraini Zulkifli

Keyword
  • Selat Melaka, Ancaman keselamatan maritime, Kerjasama maritime

Abstract
  • Selat Melaka (SM) adalah salah sebuah daripada laluan maritime yang tersibuk di dunia kerana kepentingannya terhadap laluan perdagangan komersil dari serata dunia, walaubagaimanpun, Selat Melaka mempunyai masalah keselamatan dari segi ancaman jenayah rentas sempadan serta aktiviti pelanunan. Kajian ini akan menerangkan keutamaan serta cabaran negara Malaysia dan Indonesia di dalam meningkatkan tahap keselamatan SM bagi tahun 2016-2020. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu: pertama, untuk mengenalpasti jenis-jenis ancaman yang wujud di SM, Kedua, untuk menganalisis keutamaan serta cabaran kerjasama maritim diantara kerajaan Malaysia dan Indonesia di kawasan SM, dan ketiga, untuk menyarankan potensi bagi mewujudkan kerjasama maritim yang baharu diantara negara Malaysia-Indonesia di SM. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan kepada sumber utama dan sumber sekunder. Sumber utama didapati dari kaedah temubual berstruktur melibatkan empat orang responden yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di dalam keselamatan maritim di kawasan SM. Manakala, sumber sekunder bagi kajian ini diperolehi daripada sumber rujukan ilmiah seperti buku, tesis akademik, artikel jurnal, dan sumber rujukan daripada internet. Hasil dapatan kajian akan menerangkan secara khusus bentuk-bentuk kerjasama maritim diantara negara Malaysia dan Indonesia serta langkah-langkah yang diperlukan bagi menangani masalah keselamatan yang berlaku di dalam kawasan perairan SM di masa hadapan.

Reference
  • 1. B.A. Hamzah, V.L. Forbes, Jalila A. Jalil & M. N. Basiron. (2014). “The maritime boundaries of Malaysia and Indonesia in the Malacca strait: An appraisal. Australian Journal of Maritime and Ocean Affairs, 6:4, hlm. 220, DOI: 10. 1080/18366503.2014.956856.

    2. Catherine, Z.R. (2005). “Malacca Straits: A High-Risk Zone?” Maritime Studies, 2005: 143, hlm. 18, DOI: 10.1080/07266472.2005.10878785.

    3. Chalk, Peter. (1998). Contemporary maritime piracy in Southeast Asia, Studies in Conflict and Terrorism, 21:1, hlm. .89, DOI 10.1080/10576109808436055.

    4. Cooperation in the Straits of Malacca and Singapore Cooperation in the Straits of Malacca and Singapore, Maritime Studies, 2006,150, hlm. 15, DOI:10.1080/07266472.2006.10878828.

    5. Gerke, S. &Evers, H. D. (2011). “Selat Melaka: Jalur Sempit Perdagangan Dunia”. Journal of South East Asia Social Scinece and Humanities, Vol. 81, No. 1.

    6. Lee, T. & McGahan, K. (2015). Norm Subsidiarity and institutional cooperation: explaining the straits of Malacca anti-piracy regime. The Pacific Review, Vol 28, No. 4, hlm. 534, doi: 10.1080/09512748.2015.1012537.

    7. Mohamad Nur, M.S. (2018). “Indonesia-Malaysia Relations from the perspective of maritime history of the Straits of Malacca”. JATI-Jurnal Kajian Asia Tenggara, Volume 23 (1).

    8. Simon, S. W, (2010). Safety and Security in the Malacca Straits: The Limits of Collaboration, dalam Maritime Security in Southeast Asia: US, Japan, Regional and Industry Strategies, National Bureau of Research Special Report 24.

    9. Siti Zubaidah Sani & Mohd Azizuddin Sani. (2015). The Straits of Malacca: Regional Powers Vis-à-vis Littoral States in Strategic and Security Issues and Interests. Jurnal Pengurusan Politik dan Polisi Malaysia.

    10. Yun. Y. T. (2007). “Target Malacca Straits: Maritime Terrorism in Southeast Asia”, Studies in Conflict and Terrorism, 30:6, hlm. 545, DOI: 10.1080/10576100701329568.