Kompetensi Guru Sekolah Menengah: Impak Kecerdasan Emosi dan Kesejahteraan terhadap Pengajaran dan Interaksi Pelajar
List of Authors
Mohd Mahzan Awang, Nor Filzah Mokhtar
Keyword
Kompetensi Guru, Kecerdasan Emosi, Kesejahteraan Guru, Pengajaran, Interaksi Pelajar
Abstract
Kajian ini meneroka impak kecerdasan emosi (KE) dan kesejahteraan guru terhadap amalan pengajaran serta interaksi dengan pelajar di sekolah menengah. Walaupun banyak perbincangan telah dibuat mengenai KE dan kesejahteraan guru, namun kebanyakan kajian meneliti kedua-duanya secara berasingan. Masih terdapat kekurangan kajian yang menghubungkaitkan kedua-dua faktor ini secara serentak dalam konteks pengajaran dan interaksi pelajar di sekolah menengah, terutamanya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian kualitatif ini melibatkan guru sekolah menengah yang dipilih dan data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan analisis tematik. Lima tema utama dikenal pasti: kecerdasan emosi sebagai kompetensi teras, impak kecerdasan emosi terhadap strategi pengajaran, kesejahteraan guru sebagai asas kompetensi, integrasi kecerdasan emosi dan kesejahteraan, serta strategi praktikal dalam mengaplikasikan kecerdasan emosi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kesejahteraan saling berkait rapat, bila mana kecerdasan emosi yang baik meningkatkan kesejahteraan, dan kesejahteraan yang baik memudahkan penggunaan kecerdasan emosi. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman mendalam tentang dimensi emosi dan kesejahteraan dalam kompetensi guru, memberikan pandangan praktikal untuk pembangunan profesional guru yang lebih holistik, dan menyokong dasar pendidikan yang komprehensif. Implikasi termasuk cadangan untuk mengintegrasikan aspek ini dalam model kompetensi guru dan program latihan guru yang lebih seimbang.