Komunikasi percampuran kod dalam masyarakat Multilingual di Malaysia
List of Authors
  • Paramasivam Muthusamy

Keyword
  • Alih kod, percampuran kod

Abstract
  • Dalam sistem pendidikan di Malaysia, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi dua bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar di Malaysia sementara bahasa Mandarin dan bahasa Tamil dikuasai oleh pelajar kaum Cina dan India sebagai bahasa ibunda. Fenomena ini membolehkan pelajar di Malaysia menguasai sekurangkurangya dua atau tiga bahasa dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Penggunaan alih kod ini merupakan sebahagian daripada ciri masyarakat multilingual yang wujud di Malaysia. Kajian ini merupakan sebuah kajian berdasarkan permerhatian, temu bual dan non-eksperimental. Rakaman perbualan dalam kalangan pelajar sekolah menengah ditranskrip untuk tujuan analisis dari aspek codswitching dan pragmatik. Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986), diperkemaskan pada tahun 1995 dan 2001 menekankan kerelevanan sesuatu ujaran adalah bergantung pada konteks dan kesan konteks ataupun kognisi dan usaha pemprosesan maklumat antara penutur dan pendengar. Teori Relevans akan menjadi panduan untuk menjalankan penyelidikan ini. Segala data yang akan dikumpulkan dianalisis mengikut kerangka teori ini untuk menjawab soalan kajian. Pada peringkat awal, data kajian ini dianalisiskan ciri-ciri sosio-linguistik kemudian dianalisiskan dari segi pragmatik.

Reference
  • 1. Appel, R., & Muysken, P. (1987). Language Context and Bilingualism. USA: Edward Arnold.
    2. Asmah Haji Omar. (2007). Taksonomi Pertemuan Bahasa di Manakah Letaknya Bahasa Rojak?. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Bahasa Rojak Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Bahasa Moden Malaysia, Kuala Lumpur, 18-19 Julai 2007.
    3. Amat Juhari Moain. (2001). Sejarah dan Rumpun Bahasa Melayu. Serdang: IDEAL. Universiti Putra Malaysia.
    4. Awang Sariyan. (2004). Bahasa Rojak. Nilai Rasmi Bahasa Kebangsaan Luntur dalam Dewan Masyarakat, 42(7): 8-11.
    5. Choi Kim Yok dan Chong Siew Ling. (Julai 2007). Campur Aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Pembentangan Kertas kerja: Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Halliday, M. (1978). Language as Social Semiotic: The Social Interpretation of Language and Meaning. Baltimore: University Park Press.
    7. Hassan Ahmad. (2007). Lidah Terputus, Bahasa dan Bangsa Pupus. Dewan Bahasa, 9(4): 6-10.
    8. Jacobson, R. (2005). Codeswitching Worldwide II. Berlin: Mouton de Gruyter.
    9. Kho Thong Eng. (2003). Daripada Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Myres Scotton, C. (1970). Social Motivations for Code-switching. Oxford: Oxford University Press.
    11. Myer Scotton, C. (2002). Making a Minimalist Approach to Codeswitching Work: Adding the Matrix Language . Bilingalism, Language and Cognition, 5: 69-91.
    12. Poplack, Shana. (1980). Syntactic Structure and Social Function of Code-switching. In Latino Language and Communicative Behavior. New Jersey: Ablex Publishing Corp.
    13. Paramasivam, M. (2005). Codeswitching among University Putra Malaysia Tamil Students: A Sosiolingusitic Perspective. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.
    14. Sperber, D., & Wilson. (1986). Relevance Theory: Communication & Cognition. Oxford: Basil Balckwell.
    15. Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2002). “Gangguan dalam Sistem Giliran Bertutur Kanak-kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik”. Tesis Ph.D., Universiti Putra Malaysia.