Hubungan rakan sebaya agresif dalam kalangan mat motor di Pulau Pinang, Malaysia
List of Authors
  • Zalmizy Hussin

Keyword
  • Faktor risiko, rakan sebaya agresif, mat motor, Pulau Pinang

Abstract
  • Artikel ini meneliti isu hubungan rakan sebaya agresif dalam kalangan Mat Motor di Pulau Pinang. Dalam kajian ini, Mat Motor merujuk “individu yang menyertai konvoi bersama kumpulan geng jalanan lain dan biasanya menjadi penonton sahaja”. Kajian ini memberi tumpuan kepada hubungan rakan sebaya yang bertingkah laku agresif yang diinterpretasikan oleh informan. Kajian ini juga telah menggunakan satu strategi penyelidikan abduktif melalui pendekatan interpretivist dan metod fenomenologi. Sampel dipilih melalui kaedah pesampelan bertujuan. Jumlah peserta kajian adalah seramai 20 orang. Data dikutip dengan teknik pemerhatian ikut-serta dan teknik temu bual secara mendalam. Nota-nota temu bual dan lapangan dianalisa dengan menggunakan perisian Nvivo untuk membangunkan kategorikategori, menggambarkan pola-pola dan mewujudkan tipologi-tipologi. Hasil kajian telah menunjukkan hubungan rakan sebaya agresif telah diinterpretasikan melalui penyertaan mereka dalam aktiviti konvoi bersama geng jalanan pada waktu malam. Pada kebiasaannya, aktiviti mereka bermula di sebelah malam berbanding pada waktu siang. Mereka menunggang secara berkumpulan yang besar hingga mengganggu ketenteraman di jalan awam tanpa menghiraukan peraturan lalu lintas. Hasil kajian juga menunjukkan interpretasi informan menyertai aktiviti konvoi bersama geng jalanan adalah mencari keseronokan, akses mudah keluar malam, sikap ibu bapa dan keadaan di rumah. Situasi tersebut tercetus hasil daripada ekspresi luaran seperti tidak dapat menyesuaikan diri, tidak diterima dalam sistem sosial dan tindak balas tekanan dalaman yang dialami. Perbincangan kajian mengupas isu ini dari sudut perspektif konsep mob mentality. Oleh itu, isu ini perlu difahami secara mendalam. Hal ini mengelakkan berlakunya polemik masyarakat yang hanya merugikan negara kelak. Remaja yang tidak menyumbang kepada negara hakikatnya telah merugikan diri mereka sendiri dan juga negara secara keseluruhannya.

Reference
  • 1. Arrigo, B. A. (2006). Criminal behavior: A system approach. Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.
    2. Battin, S. R., Hill, K. G., Abbott, R. D., Catalano, R. F., & Hawkins, J. D. (1998). The contribution of gang membership to delinquency beyond delinquent friends. Criminology, 36, 93-115.
    3. Bender, K. (2010). Why do some maltreated youth become juvenile offenders? A call for further investigation and adaptation of youth services. Children and Youth Services Review, 32, 466-473.
    4. Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
    5. Dishion, T. J., Véronneau, M-H, & Myers, M. W. (2010). Cascading peer dynamics underlying the progression from problem behavior to violence in early to late adolescence. Development and Psychopathology, 22, 603-619.
    6. Fagan, A. A., Van Horn, M. L., Hawkins, J. D., & Arthur, M. W. (2007). Gender similarities and differences in the association between risk and protective factors and self-reported serious delinquency. Prevention Science, 8, 115-124.
    7. Falconer, R. (2004). Boy racer, an ambiguous label. Unpublished MSc Thesis: University of Canterbury, New Zealand.
    8. Ibrahim, N., Ismail, R., Halim, M. R. T. A., & Amit, N. (2015). Personality, high-risk activities and aggressive behaviour among illegal street racers. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(5), 527.
    9. Ismail, R., & Borhanuddin, B. (2009). Pendefinisian semula konsep mat rempit. Journal Psikologi Malaysia, 29.
    10. Jackson, M. S., & Knepper, P. (2003). Delinquency and justice. Boston, MA: Pearson Education.
    11. Jessor, R., Costa, F. M., Krueger, P. M. & Turbin, M. S. (2006). A developmental study of heavy episodic drinking among college students: The role of psychosocial and behavioral protective and risk factors. Journal of Studies on Alcohol, 67 (1), 86-94.
    12. Leigh, A. (1995). Youth and street racing. Current Issues in Criminal Justice, 7(3), 388.
    13. McCord, J., Widom, C. S., & Crowell, N. A. (2001). Juvenile crime, juvenile justice. Washington, DC: National Academy Press.
    14. McCaghy, C. H., Capron, T. A., & Jamieson, J. D. (2003). Deviant behavior: Crime, conflict, and interest groups. Boston, MA: Pearson education.
    15. Megan, D. (2012). Examining the mob mentality. South Source: A publication of Source University.
    16. Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
    17. Ness, C. D. (2004). Why girls fight: Female youth violence in the inner city. Annals of the American Academy of Political and Social Sciences, 595, 32-48.
    18. Patton, M. Q. (2002). Qualitative research & evaluation methods. Thousand Oaks, CA: Sage Publications Inc.
    19. Siegel, L. J. (2002). Juvenile delinquency: The core. Australia: Wadsworth.
    20. Twenge, J. M., Ciarocco, N.J., Baumeister, R.F., DeWall, C.N., & Bartels, J. M. (2007). Social exclusion decreases pro-social behaviour. Journal of Personality and Social Psychology, 92 (1): 56-66.
    21. Zalmizy Hussin. (2017). Faktor risiko dan bentuk tingkah laku agresif dalam kalangan mat motor dan mat rempit di Pulau Pinang, Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia.