Perlindungan harta intelek terhadap tradisi lisan masyarakat Iban: Leka Timang
List of Authors
Beatrice Anne Saga , Jeniffer Empiang Liman
Keyword
harta intelek, revolusi budaya, tradisi lisan
Abstract
Perlindungan harta intelek dalam bidang kesenian dan budaya warisan bukan isu baru wujud pada masa kini. Semenjak menyedari akan kelebihan dan kebaikan yang diperolehi selepas melakukanperlindungan harta intelek. Ramai pemilik karya kesenian dan budaya warisan telah mendaftarkan karya mereka dibawah undang-undang yang berkaitan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Tradisi lisan leka timang merupakan salah satu warisan budaya yang semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat Iban. Ia semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat disebabkan revolusi budaya yang terjadi pada masa kini. Tradisi lisan leka timang masyarakat Iban merupakan salah satu warisan budaya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dari aspek kesenian. Untuk melindungi tradisi lisan ini daripada kehilangan identiti asal dan hilang dibawa arus permodenan sejagat, perlindungan harta intelek merupakan kaedah yang tepat untuk digunakan bagi melindungi produk tersebut. Dalam kajian ini, penyelidik akan fokus kepada perlindungan harta intelek dan tradisi lisan leka timang masyarakat Iban. Hal ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca dan penyelidik masa depan mengenai kepentingan perlindungan harta intelek terhadap tradisi lisan leka timang masyarakat Iban. Penyelidikan ini telah memperoleh data terus daripada informan yang pakar dalam bidang pengurusan harta intelek dan bidang tradisi lisan leka timang masyarakat Iban.
Reference
1. Akta Perbadanan Harta Intellek Malaysia. (2003). Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Golden Books Centre Sdn.Bhd.
2. Beals, A. R. (1967). Culture in Process. United States of America : Holt, Rinehart and Winston, Inc.
3. C.Jain, R. C. (2008). The Global Challenge Of Intellectual Property Rights. USA: Edward Elgar Publishing, Inc.Donald, J. (2014). Leka Main Asal Iban. Bintulu : Borneo Media Solutions.
4. Jimbun, T. (2017). Timang Gawai Kelingkang Nanga I. Kuching : Majlis Adat Istiadat Sarawak.
5. Kavaliku, L. (2005). Culture and sustainable development in the pacific. [e-book]. Dicapai dari http://about.jstor.org/term
6. Matusky, P. (2006). Timang (Pengap), Pelian, And Sabak: Iban Leka Main Singing Styles. Borneo Reserach Bulletin, Vol 43, 114- 133.
7. Othman, D. (2006). Tradisi Lisan Bercorak Cerita. Malaysia : Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.
8. Sibarani, R. (2015). Pendekatan Antropolinguistik terhadap kajian tradisi lisan. Jurnal Ilmu Bahasa, 1(1), 1-17.
9. W. Lesser. (2002). The Effect of Intellectual Property Rights On Foreign Direct Investment and Imports into Developing Countries in the Post-TRIPS Era. NY: Department of Applied Economics and Management.