Kepentingan komunikasi non verbal dalam organisasi
List of Authors
  • Maizatul Haizan Mahbob , Noor Afzaliza Nazira Ibrahim

Keyword
  • komunikasi organisasi, komunikasi verbal, komunikasi non-verbal, tingkah laku, motivasi

Abstract
  • Kertas konsep ini membincangkan kepentingan komunikasi non verbal dalam organisasi. Komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Manusia berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan juga tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu tersebut. Selain itu, komunikasi juga merupakan proses dua hala yang mana kedua-dua belah pihak harus memberi respons terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan. Tanpa disedari sebenarnya, komunikasi non verbal menjadi pelengkap kepada komunikasi verbal. Komunikasi non verbal ini merupakan satu bentuk mesej yang penting kerana boleh menafsir emosi, personaliti, tujuan dan juga status sosial seseorang. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar daripada kecemerlangan sesebuah organisasi adalah berhubungkait dengan keberkesanan proses komunikasi. Kajian lepas membincangkan komunikasi non verbal dari sudut tingkah laku, sikap dan hanya memfokuskan kepada pelajar sahaja. Kajian di dalam organisasi sangat sedikit. Oleh yang demikikian, komunikasi non verbal dalam organisasi seharusnya diberi lebih penekanan kerana ia sangat penting dalam memastikan pekerja lebih memahami konsep sebenar komunikasi non verbal agar mesej tidak disalah tafsir.

Reference
  • 1. Abdul Aziz, A. R. 2000. Kemahiran sosial asas. Utusan Publication & Distributor : Kuala Lumpur.
    2. Ambady, N. & Weisbuch, M. 2010. Nonverbal behavior. In Fiske, S. T., Gilbert D. T. & Lindzey, G. (Eds.). Handbook of social psychology : 464-497. Hoboken, New Jersey: Wiley Publishers.
    3. Blanck, P. D., Rosenthal, R., Snodgrass, S., DePaulo, B. & Zuckerman, M. 1981. Sex differences in eavesdropping on nonverbal cues: Developmental changes. Journal of Personality and Social Psychology. Vol 41:391-396.
    4. Burgoon, J. K., Guerrero, L. K. & Manusov, V. 2011. Nonverbal signals. In Knapp, M. L. & Daly, J. (Eds.). Handbook of interpersonal communication: 239-280. Thousand Oaks, California : Sage Publications.
    5. Dr Shipra Agarwal & Mr Ashish Garg. 2012. The importance of communication within organizations: A research on two hotels in Uttarakhand. Journal of Business and Management. Vol 3(2):40-49.
    6. Gerald H., Graham, Jeanne Unruh & Paul Jennings. 1991. The impact of nonverbal communication in organizations: A survey of perceptions. The Journal of Business Communication. Vol 28(1): 45-62.
    7. Hall, J. 1978. Gender effects in decoding nonverbal cues. Psychological Bulletin. 68:845- 857.
    8. Ili Kristiyanti. 2012. Pengaruh komunikasi non-verbal terhadap kepuasan pelanggan. Jurnal Manajemen.Vol XII. No.1:60-66.
    9. Isenhart, M. 1980. An investigation ofthe relationships of sex and sex role to the ability to decode nonverbal cues. Human Communication Research.6 :309-317.
    10. Knapp, M. L. 2011. An historical overview of nonverbal research. In V. Manusov & M. L. Patterson (Eds.), The sage handbook of nonverbal communication: 3-19. Thousand Oaks, California : Sage Publications.
    11. Mehrabian, A. & Wiener, M. 1967. Decoding of inconsistent communications. Journal of Personality and Social Psychology. 6(1) :109-114.
    12. Mehrabian, A. & Ferris, D. 1967. Inference of attitudes from nonverbal communication in two channels. Journal of Consulting Psychology. 31 : 248-252.
    13. Mehrabian, A. 1971. Silent messages. Belmont, California: Wadsworth Pub. Co.
    14. Mohd. Baharudin Othman dan Mohd. Khairie Ahmad. 2004. Pengantar komunikasi. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
    15. Nisawatun Ulmi. 2017. Komunikasi verbal dan non verbal dalam proses tahfidz Al-Quran. Tesis Sarjana.
    16. Nor Azlina Harun. 2010. Hubungan antara komunikasi dalam organisasi terhadap kepuasan kerja. Jurnal e-Kemanusiaan. 1-24.
    17. Omardin, A. & Azahar Raswan Dean, W.D. 1990. Komunikasi dalam organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    18. Ranjit, S. M. 2004. Mempertingkatkan kualiti peribadi: Menjana diri untuk mencapai prestasi unggul di tempat kerja. Kuala Lumpur: Cetakrapi Sdn. Bhd.
    19. Richmond, V.P. & McCrosky, J.C. 1992. Organizational communication for survival. New Jersey: Prentice Hall, Englewood Cliffs.
    20. Richmond, V. A. & McCroskey, J. C. 2004. Nonverbal behavior in interpersonal relations. 5th ed. Boston: Pearson.
    21. Ruben, Brent D. & Stewart, Lea P. 2005.Communication and human behaviour. USA: Alyn and Bacon.