Kesan Kaedah Pembelajaran Multiple Document-Based Lessons Terhadap Kemahiran Meneroka Bukti Sejarah
List of Authors
  • Fauziah Abdul Rahim, M. Kaviza, Nurliyana Bukhari

Keyword
  • Kemahiran meneroka bukti sejarah Multiple Document-Based Lessons, Pembelajaran Sejarah, Kekekalan

Abstract
  • Pembelajaran sejarah melalui analisis teks memberi impak positif kepada murid dari aspek pemahaman, literasi, minat, dan penglibatan. Namun, masih banyak kajian diperlukan untuk mengkaji keberkesananya terhadap kemahiran meneroka bukti melalui pengingtegrasian kepelbagaian sumber. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kaedah pembelajaran Multiple Document-Based Lessons (MDBL) terhadap kemahiran meneroka bukti sejarah. Reka bentuk kajian ialah eksperimen kuasi dengan reka bentuk faktorial 3 X 3. Sampel kajian menggunakan teknik persampelan berkelompok melibatkan murid Tingkatan Satu. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian pencapaian. Instrumen ini telah disahkan pakar penilai sejarah dan mempunyai skor kebolehpercayaan, indeks kesukaran, dan indeks diskriminasi yang baik. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi (ujian SPANOVA) menggunakan perisian IBM SPSS. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran MDBL adalah lebih berkesan dan signifikan terhadap kemahiran meneroka bukti sejarah serta kekekalannya berbanding dengan DBL dan pengajaran sedia ada. Oleh itu, kaedah pembelajaran MDBL dibuktikan lebih berpotensi dilaksanakan dalam pendidikan Sejarah, selaras dengan inovasi dalam kaedah pengajaran sejarah sedia ada dan perkembangan teknologi maklumat.

Reference
  • No References Recorded