Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar tingkatan empat aliran sains di Daerah Kota Kuala Muda Yan, Kedah terhadap Kemahiran Proses Sains. Instrumen yang telah digunakan ialah set ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu dan Asas Berkonsepkan Malaysia (MB-BISPSI.) Sebanyak 36 item berbentuk soalan objektif telah digunakan. Sebanyak 14 buah sekolah telah terlibat termasuklah sekolah di bandar dan luar bandar yang dipilih secara rawak. Sampel yang dipilih adalah seramai 550 orang pelajar dan data yang dikumpul mengenai tahap penguasaan terhadap kemahiran proses sains yang telah dianjurkan oleh Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) akan diproses dengan bantuan manual SPSS 23.0 for Windows. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran proses sains adalah baik dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penguasaan kemahiran proses sains antara pelajar bandar dan luar bandar. Dapatan menunjukkan bahawa semua pelajar dapat menguasai kemahiran proses sains dengan baik kecuali kemahiran membuat Inferens.