Institusi pengajian tinggi dalam pembangunan ekonomi pengalaman di semenanjung Malaysia
List of Authors
  • Noor Alyani Nor Azazi

Keyword
  • Institusi Pengajian Tinggi, Ekonomi Pengalaman, Escapist. Estetika, Hiburan, Pendidikan

Abstract
  • Pembangunan institusi pengajian tinggi merupakan salah satu strategi untuk mencetuskan pembangunan sesebuah bandar di kebanyakan negara sedang membangun. Dalam konteks pembangunan bandar masa kini, institusi pengajian tinggi juga mampu memperkembang dan mengikut rentak tuntutan ekonomi pengalaman. Melalui kerangka ekonomi pengalaman, penubuhan institusi pengajian tinggi ini dapat merangsang dan menggalak pembangunan bandar berteraskan 4E ekonomi pengalaman. Makalah ini bertujuan menilai impak pembangunan institusi pengajian tinggi terhadap elemen-elemen ekonomi pengalaman dalam pembangunan bandar pusat pengajian tinggi di sekitar semenanjung Malaysia. Empat elemen ekonomi pengalaman digunakan sebagai kerangka dalam menilai pencapaian ekonomi pengalaman bandar-bandar tersebut. Pembangunan yang berlaku kesan dari penubuhan institusi pengajian tinggi dinilai dengan melihat status bandar yang dicapai serta fasiliti-fasiliti yang terbina selepas penubuhan institusi-institusi ini. Fasiliti yang mencermin setiap pengalaman iaitu pendidikan, hiburan, estetika dan escapist dilihat untuk menilai pencapaian ekonomi pengalaman di setiap bandar pusat pengajian tinggi yang diteliti. Hasil kajian mendapati hampir kesemua institusi pengajian tinggi yang dinilai berjaya mempengaruhi elemen pengalaman pendidikan di bandar masing-masing. Selain itu, institusi pengajian tinggi jenis penyelidikan berjaya membangunkan ekonomi pengalaman di bandar pusat pengajian tinggi sama ada institusi tersebut ditubuhkan di kawasan bandar mahupun luar bandar. Kesimpulannya, kajian ini menyumbang kepada peri pentingnya penubuhan institusi pengajian tinggi dalam merangsang pembangunan ekonomi pengalaman dalam pembangunan bandar dan menyumbang kepada korpus ilmu berhubung dengan keupayaan kerangka ekonomi pengalaman membangunkan sesebuah bandar.

Reference
  • 1. Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Aziah Ismail, Abdul Rashid Mohamad, Nor Shafrin Ahmad & Fadillah Amzah. 2007. Pembangunan modal insan. Journal of Social Sciences 3,5, 389- 398
    2. Abel, J.R & Deitz, R. 2011. The role of colleges and universities in building local human capital. Current Issues In Economics and Finance. 17, 6, 1-7.
    3. Fauziah Che Leh. 2007. Hubungan universiti-industri dalam konteks pembangunan ekonomi setempat: kajian kes UPSI dan kilang Proton Tanjong Malim. Jabatan Geografi FSSK UPSI Perak.
    4. Ferreira, H. & Teixeira, A.C. 2013. ’Welcome to the experience economy’: assessing the influence of customer experience literature through bibliometric analysis. FEP Working Papers. ISSN: 0870-8541 frontier”, Strategy and Leadership. 30, 4-11.
    5. Gilmore, J,H. 2003. Frontiers of the experience economy. http://www. strategichorizons .com/documents/BattenBriefings-03Fall FrontiersOfEE.pdf. (23 Januari 2014)
    6. Gilmore, J. & Pine, J. B. II. 2002. Customer experience places: the new offering
    7. Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad, Noor Alyani Nor Azazi, Suraiya Ishak, Selvadurai, S, Amriah Buang & Er, A.C. 2012. Kesan kewujudan institusi pengajian tinggi awam ke atas pembentukan ideopolis sekunder Bandar Baru Bangi. Geografia: Malaysian Journal Of Society And Space 8, 6, 59-75
    8. Hasmah Abu Zarin, Ahmad Ariffin Bujang & Mohd Fildaus Mohamed. 2010. Kesan pembangunan Kolej University Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO) terhadap keperluan perumahan kakitangan kajian kes: Parit Raja, Batu Pahat Johor. Universti Teknologi Malaysia, Skudai
    9. Jabatan Pendidikan Tinggi. 2017. Kategori universiti awam. http://jpt.mohe.gov.my/(17 Januari 2017)
    10. Jones, A, Williams, L, Lee, N, Coats, D. & Cowling, M. 2006. Ideopolis: knowledge cityregions: The Work Foundation
    11. Lyck, L. 2010. Experience economy as an instrument to create economic profitability. http://www.oru.se/Extern/Institutioner/RHS/Dokument/Guest% 20 lecture%20 at%20Grythytte%20Akademi,%20February%202010-1.pdf [20 September 2014]
    12. Norain Mat Lazim & Nooriah Yusof. 2012. Universiti, pembangunan modal insan dan penumpuan ruang komuniti berpendidikan tinggi di Malaysia: Suatu ulasan kritis. Journal of Social Sciences and Humanities 7, 2, 308-327
    13. Pine, B. J & Gilmore, J. H. 1998. Welcome to the experience economy. Harvard Business Review. http://frontdeskapparatus.com/wp/wp-content/ uploads/ 2012/10/ experience _economy-1.pdf (20 September 2014)
    14. Radder, L & Han, X. 2015. An examination of the museum experience based on Pine and Gilmore's experience economy realms. The Journal of Applied Business Research
    15. Sarimin, M & Yigitcanlar, T. 2012. Towards a comprehensive and integrated knowledge-based urban development model : Status quo and directions. International Journal of Knowledge-Based Development. 3, 2, 175-192.
    16. Williams, L, Lee, N, Jones, A & Coats, D. 2006. Creating an ideopolis: case study of Manchester: The Work Foundation.
    17. Yigitcanlar, T & Sarimin, M. 2011. The role of universities in building prosperous knowledge cities : The Malaysian experience. Built Environment. 37, 3, 260-280.
    18. Yigitcanlar, T, O’Connor, K & Westerman, C. 2008. The making of knowledge cities: Melbourne's knowledge-based urban development experience. Cities 25, 2, 63-72.
    19. Yigitcanlar, Tan. 2005. The making of knowledge cities : lessons learned from Melbourne. International Symposium on Knowledge Cities 2005. Saudi Arabia, Medina.