Program pencegahan dan rawatan kaunseling untuk mengatasi isu buli di sekolah menengah
List of Authors
  • Mohd Izwan Mahmud , Wan Nur Syahirah Mohammad Ghazali

Keyword
  • Program Pencegahan, Rawatan Kaunseling, Isu Buli, Sekolah Menengah

Abstract
  • Kertas konsep ini membincangkan program pencegahan dan rawatan kaunseling untuk mengatasi isu buli di sekolah menengah. Isu buli di kalangan pelajar sekolah menengah merupakan satu cabaran yang memerlukan tindakan proaktif dan holistik. Oleh itu, program pencegahan dan rawatan kaunseling menjadi sangat penting dalam membendung serta mengurangkan kes buli di kalangan pelajar sekolah menengah. Pencegahan awal yang berfokuskan penyelesaian konflik secara positif akan mencipta persekitaran sekolah yang selamat dan inklusif. Kaunselor akan membantu pelajar dengan memberikan bimbingan dalam mengenal pasti sebab-sebab buli dan cara-cara mengatasi dengan cara sihat dan membina. Pendekatan ini akan membentuk pelajar lebih bertanggungjawab dalam pembinaan persekitaran sekolah yang harmoni dan sejahtera.

Reference
  • 1. Ahmad Azam Mohd Shariff, Mohamad Azhan Yahya, Mohd Zamre Mohd Zahir, & Fatimah Yusro Hashim. (2021). Buli di Malaysia: Permasalahan dan Penyelesaiannya dari Perspektif Syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat 29.

    2. Emilia Man, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Ahmad Jazimin Jusoh, & Noor Asiah Hassan. (2023). Pembangunan Modul Kaunseling Intervensi dalam Menangani Isu Tingkahlaku Langsang dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pendidkan Bitara UPSI, 16.

    3. Etum, S., Mydin, A. A., & Abdullah, A. G. K. (2021). Pengaruh Pengurusan Disiplin Sekolah, Tingkah Laku Buli Murid dan Estim Kendiri Murid Terhadap Kualiti Kehidupan Murid: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 303-312.

    4. Hie, Y. H., Samsu, K. H. K., Adnan, Z. H., Awang, M. D., & Ab Halim, A. (2018). Peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Akademika, 88(2), 95-108.

    5. Isa, N. I. M., Hussin, M. R., Rahim, N. H. F. A., Izham, W. N. I. W., Bakeri, N. A. I., Anuar, F. N. S., & Mohbob, N. (2020). Bullying Problems among School Students. Journal of Humanities and Social Sciences (JHASS), 2(1), 22-33.

    6. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah. Ulang Cetak. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM: Putrajaya

    7. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2023). Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia: Inisiatif KPM Menangani Isu Buli dan Gangguan Seksual di Sekolah.

    8. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. (2023, November 3). Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan bawah KPM kepada Semua Ketua Bahagian dan Semua Pengarah Pendidikan Negeri (No. KPM.100-1/3/1 Jld. 9 (18)).

    9. Kiat, L. S., & Lee, K. B. INTERVENSI TEKNIK WDEP DALAM TEORI REALITI BAGI MENGATASI MASALAH BULI MURID TAHUN 4: SATU KAJIAN KES.

    10. Mohd Razimi Husin, Nur Izzati Mat Isa, Nur Haqima Farhana Abdul Rahim, Wan Nur Izzwani Wan Izham, Nur Atasya Izati Bakeri, Farah Nurhafiza Shamsul Anuar, & Najiha Mohbob. (2020). Gejala Membuli dalam Kalangan Pelajar Sekolah. Journal of Humanities and Social Sciences, 2, 22-33.

    11. Ngo Yew Yung, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Muhammad Afiq Aizaq Bin Mat Salleh @ Sukri, Nasharuddin Imraan Bin Rosli, Fatin Nur Syahirah Binti Abdul Hamid, Nor Nasihah Binti Mohd Robi, Nurul Nasuha Binti Rosly & Mohd Razimi Bin Husin. (2019). Gejala Buli Secara Fizikal yang Semakin Berleluasa di Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 2, 65-75.

    12. Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Sobri Ismail, Amelia Mohd Noor. (2019). Masalah buli dalam kalangan murid: apakah kata guru? Jurnal Perspektif, 11, 1-14.