Pengintegrasian Kemahiran Proses Matematik Dalam Pendidikan STEM Di Malaysia
List of Authors
Nazwin Athira Abdul Halim, Siti Mistima Maat
Keyword
Kemahiran Proses Matematik, Pendidikan STEM
Abstract
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) adalah komponen penting dalam pembangunan modal insan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam STEM, kemahiran proses matematik seperti penyelesaian masalah, penaakulan, perwakilan, komunikasi dan membuat perkaitan adalah penting untuk pembelajaran. Kajian ini melihat bagaimana kemahiran proses matematik boleh dintegrasikan ke dalam kurikulum STEM di Malaysia. Ia memberi tumpuan kepada kaedah seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi, teknologi digital, dan kolaborasi guru. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah ini boleh meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep matematik, meningkatkan penglibatan mereka dalam pelajaran, dan membantu mereka menggunakan pengetahuan STEM dalam dunia sebenar. Selain itu, artikel ini memfokuskan betapa pentingnya pendidikan guru dan penggunaan teknologi untuk menangani halangan dalam pelaksanaan integrasi ini. Kajian ini juga menekankan kelebihan melengkapkan pelajar dengan kemahiran proses matematik dalam pendidikan STEM untuk mempersiapkan mereka menghadapi kejayaan dalam kerjaya yang semakin kompetitif yang didorong oleh inovasi dan kemajuan teknologi.