Implementasi, Cabaran dan Strategi Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Digital dalam Pengajaran Murid Pemulihan Khas
List of Authors
  • Baanurekha K Ravihchandran, Hasnah Toran

Keyword
  • pedagogi digital, Pemulihan Khas, keupayaan profesional guru, kajian kualitatif, sekolah rendah

Abstract
  • Walaupun penggunaan pedagogi digital semakin diberi penekanan dalam pendidikan sekolah rendah, kajian yang meneliti secara mendalam pelaksanaan dan kawalan penggunaan teknologi digital oleh guru Pemulihan Khas masih terhad. Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan teknologi digital, cabaran yang dihadapi, serta strategi pedagogi yang digunakan oleh guru Pemulihan Khas dalam pengajaran murid pemulihan khas di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes yang melibatkan enam orang guru Pemulihan Khas di sekolah rendah daerah Segamat, Johor. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan pembelajaran (PdPc), serta analisis dokumen Rancangan Pengajaran Harian (RPH), dan dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknologi digital digunakan secara terancang, berperingkat dan terkawal sebagai sokongan pedagogi. Guru berhadapan cabaran berkaitan infrastruktur, tumpuan murid dan kekangan masa, namun cabaran tersebut ditangani melalui penyesuaian pedagogi yang fleksibel dan bimbingan individu. Kajian ini menegaskan bahawa keberkesanan penggunaan teknologi digital dalam pendidikan Pemulihan Khas bergantung kepada keupayaan profesional dan pertimbangan pedagogi guru, bukan semata-mata kecanggihan teknologi.

Reference
  • No References Recorded