Kajian ini dilaksanakan untuk melihat pandangan, tahap kesediaan guru dan cabaran semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilakukan secara dalam talian. Responden terlibat 161 orang guru daripada beberapa buah sekolah menengah di Daerah Besut. Reka bentuk kajian dibuat ialah kajian tinjauan kualitatif. Analisis deskriptif digunakan untuk menghurai dapatan kajian. Instrumen soal selidik berbentuk google form dijadikan sebagai alat memperoleh maklum balas yang lebih cepat dan menjimatkan masa. Data dianalisis menggunakan Social Package for Science Social (SPSS) versi 20 dan Google Form bagi menghuraikan data secara deskriptif. Hasil analisis kajian telah menunjukkan guru memberikan pandangan yang positif guru terhadap kesediaan guru untuk meneruskan sesi pembelajaran secara maya ini. Pandangan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) adalah sederhana dengan nilai M = 3.37; SP = 0. 9723.Dapatan kajian juga menunjukkan nilai interprestasi yang tinggi bagi menjawab persoalan kesediaan guru terhadap PdPR dengan nilai M= 3.94; SP = 0. 0492.Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan guru menghadapi cabaran dalam melaksanakan PdPR iaitu kesukaran untuk berkomunikasi dua hala kerana masalah capaian internet dan juga kurang sokongan daripada ibu bapa. Kajian menunjukkan banyak kekangan yang dihadapi oleh guru semasa PdPR dilaksanakan yang menyebabkan PdPR tidak boleh dilakukan dengan baik. Hasil kajian boleh dijadikan rujukan oleh golongan pentadbir sekolah dan pengkaji pada masa hadapan untuk memastikan PdPR dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Kata kunci: PdPR, Pandangan, Cabaran, Tahap kesediaan, pembelajaran dalam talian