Perspektif minoriti Kristian terhadap peranan institusi dan sosio-politik dalam ketidaktoleransian agama Minority
List of Authors
  • Benny, Thomas Vivian , Sivapalan, Selvadurai

Keyword
  • Minoriti Kristian, institusi, bentuk ketidaktoleransian agama, faktor ketidaktoleransian agama

Abstract
  • Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia hubungan harmoni antara agama amat penting mengekalkan kewujudan bersama. Kumpulan minoriti agama Kristian mempunyai sejarah mendalam dengan majoriti Muslim di negara ini. Walaupun umumnya mengetahui toleransi antara majoriti Muslim dengan minoriti Kristian adalah baik, namun realitinya ketidaktoleransian terhadap kumpulan minoriti agama Kristian juga berlaku. Kajian ini adalah untuk mendalami perspektif minoriti Kristian tentang ketidaktoleransian dalam isu-isu agama yang melibatkan hubungan antara minoriti Kristian dan majoriti Islam. Objektif kajian ini dibahagi kepada dua: pertamanya untuk mengetahui bentuk-bentuk ketidaktoleransian agama yang dialami oleh minoriti Kristian dan keduanya untuk meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi ketidaktoleransian agama terhadap golongan minoriti Kristian. Konsep ketidaktoleransian agama dalam artikel ini membawa maksud terdapat pengecutan ruang, sekatan dan penganiayaan terhadap kumpulan minoriti dalam mengamalkan agama mereka. Artikel ini menggunakan primer yang dikumpulkan daripada pendokumentasian iaitu kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak organisasi gereja, dan sumber kedua untuk menyokong sumber utama ini diperolehi daripada sumber media di internet. Sumber-sumber dokumen ini dianalisis menggunakan analisis kandungan yang kemudiannya dipadankan dengan tema jenis-jenis dan faktor-faktor ketidaktoleransian agama yang dikenalpasti daripada ulasan literatur. Kajian mendapati, bentuk-bentuk ketidaktoleransian yang dialami oleh minoriti Kristian dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu berbentuk fizikal dan bukan fizikal. Faktor yang mendorong kepada ketidaktoleransian agama adalah pelbagai tetapi didominasi oleh faktor institusi agama yang diidentifikasikan dengan kuasa pemerintah. Gabungan pemerintah dan institusi agama membentuk satu legitimasi kuasa yang kuat untuk munjustifikasikan tindakan ketidaktoleransian agama terhadap kumpulan minoriti. Kajian masa depan perlu melihat kepada faktor yang membawa perubahan kepada institusi agama majoriti menjadi lebih eksklusif daripada inklusif dalam masyarakat plural di Malaysia.

Reference
  • 1. ___________ (2008). Media Statement (Eng) on the show-cause letter issued to the Herald. Diakses pada 20 Februari 2017 daripada http://www.cfmmsia.org/Allah-Alkitab-issues 5/3/17.
    2. ____________ (2010). malaysiakini: Isu 'Allah' terus marak dengan demo. Diakses pada 2 Mac 2017 daripada https://www.malaysiakini.com/news/121239.
    3. ____________ (2013). sinarharian:Ikim siar muzakarah jelas isu kalimah ALLAH. Diakses pada 2 Mac 2017 daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/ikim-siar-muzakarahjelas-isu-kalimah-allah-1.118946
    4. ____________ (2011). malaysiakini: S'gor kesal insiden serbuan, minta JAIS sedia laporan. Diakses pada 4 Mac 2017 daripada https://www.malaysiakini.com/news/172016.
    5. ____________ (2011). Utusan Online: Isu Kristian: Ada asas kebenaran dalam laporan Utusan. Diakses pada 5 Mei 2017 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp
    6. ____________ (2011). malaysia-today: Jais, Cops Raid Church Over Multi-Racial Dinner. Diakses pada 4 Mac 2017 daripada https://www.malaysia-today.net/2011/08/04/jaiscops-raid-church-over-multi-racial-dinner/
    7. ____________ (2014). malaymail: ‘Alarmed’ by Jais raid, churches call for government intervention. Diakses pada 5 Mac 2017 daripada https://www.malaymail.com/s/591667/alarmed-by-jais-raid-churches-call-forgovernment-intervention.
    8. ____________ (2014). MCCBCHST Media Statement: The Jais Raid On The Bible Society Of Malaysia Is Wrong And Illegal. Diakses pada 5 Mac 2017 daripada http://www.necf.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=43&action=view&retrieveid=155 1. ____________ (2017). Pew Research Center: Muslims, Jews faced social hostilities in seven-inten European countries in 2015. Diakses pada 3 Mei 2017 daripada http://www.pewresearch.org/fact-tank/2017/04/12/muslims-jews-faced-socialhostilities-in-seven-in-ten-european-countries-in-2015/.
    9. ___________ (2014). The Guardian: France's burqa ban upheld by human rights court. Diakses pada 25 Februari 2017 daripada https://www.theguardian.com/world/2014/jul/01/france-burqa-ban-upheld-humanrights-court.
    10. ____________UN Human Rights Committee (HRC), CCPR General Comment No. 22: Article 18 (Freedom of Thought, Conscience or Religion), 30 July 1993, CCPR/C/21/Rev.1/Add.4, at 92. Diakses pada 25 Februari 2017 daripada http://www.refworld.org/docid/453883fb22.html.
    11. ____________ (2015). Human Right Resource Centre (HRRC) Keeping the Faith: A Study of Freedom of Thought Concience, and Religion in ASEAN: Myanmar, University of Indonesia, Depok campus.
    12. ____________ (2016). Human Right Watch. Indonesia Religious Minorities Under Threat: Police, Militants Islamist Implicated in Religious Freedom Abuses.
    13. https://www.hrw.org/news/2017/02/02/indonesias-religious-minorities-under-threat. Diakses pada 26 Februari 2017.
    14. ____________ (2017). New Straits Times, ‘Ahok’ gets two years. Diakses pada 26 Jun 2017 daripada www.pressreader.com/malaysia/new-straitstimes/20170510/28147866264730.
    15. ____________ (2017). The Jakarta Post. Government inaction creates space for rising intolerance in Indonesia, Diakses pada 26 Februari 2017 daripada http://www.thejakartapost.com/news/2017/02/01/government-inaction-creates-spacefor-rising-intolerance-in-indonesia-.html.
    16. ____________ (2015). The Star Online. IGP: No laws broken by police officer speaking at anticonversion seminar. Diakses pada 28 Mei 2017 daripada https://www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/16/igp-police-anti-christian/
    17. Abbas,T. (2005). Muslim Britain: Communities Under Pressure, Zed Books Ltd.
    18. llport, G.W. (1954). The nature of prejudice. Addison-Wesley Pub. Co.
    19. Asad, T. (2003). Formations of the secular: Christianity, Islam, modernity, Stanford: Stanford University Press.
    20. Bennet, C.(1992). Victorian Images of Islam. London: Grey Seal.
    21. Cardwell, M. (1996). Dictionary of Psychology. Chicago IL:Fitzroy Dearborn.
    22. Casanova, J. (1994). Public religions in the modern world, Chicago: University of Chicago Press.
    23. Cavendish, J. C. Disha, I. dan King, R.D. (2011). Historical Events and Spaces of Hate: hete Crimes against Arabs and Muslims in Post-9?11 America. Social Problems, 58 (1):21- 46.
    24. Chandra, M. (2017). Reflections on Malaysian Unity and Other Challenges, zubedy ideahouse sdn.bhd. Kuala Lumpur.
    25. Durham,W.C. Jr. (2011). Patterns of Religion State Relations, dalam edisi John Witte and M. Christian Green, Religion and Human Rights: An Introduction (Oxford: Oxford University Press).
    26. Esposito, J. (1999). ‘Clash of Civilisations’? Contemporary Images of Islam in the West,’ dalam edisi G.M. Munoz, Islam, Modernism and the West, London:I.B. Tauris.
    27. Forstenlenchner, I dan Mohammed, A. A. (2010). “A job interview for MO, but none for Mohammed”: Religious discrimination against immigrants in Austria and Germany, Personnel Review, 39(60):767-784.
    28. Fox, J. (2013). An Introduction to Religion and Politics. London and New York, Routledge.
    29. Fox, J. (2015). Religious Discrimination dalam edisi Political Secularism, Religion and the State, Cambridge Books Online. http://ebooks.cambridge.org/ 6/3/17.
    30. Hassan, M.B. dan Umar, M.B. (2014). Ethno-Religious Intolerance as an Impediment to Nation Building: The Nigerian Experience, International Journal in Management and Social Science, 2 (1):130-150
    31. Liamputtong, P. (2005). Qualitative Research Methods. Oxford University Press.
    32. Lichtblau, E. (2016). Hate Crimes Against American Muslims Most Since Post-9/11 Era. New York Times. Diakses pada 24 Februari 2017 daripada www.nytimes.com/2016/09/18/us/politics/hate-crimes-american-muslims-rise.
    33. Mushaben, J. (2004). Die freiheit, die ich meine. Femina Politica 13(1):98-104.
    34. Neo, J.L. (2014). What’s in a name? Malaysia’s “Allah” controversy and the judicial interwining of Islam with ethnic identity, International Journal of constitutional Law, 12 (3):751- 768.
    35. Talib A.T. dan Sarjith, S.G. (2012). Socio-Religious Tolerance: Exploring the Malaysian Experience, Global Journal of Human Social Science, 12(8): 48-54
    36. Karpov, V & Lisovskaya E. (2005). Religious Intolerance among Orthodox Christians and Muslims in Russia1, Religion, State and Society , 36 (4):1-30.
    37. Walters, A.S. (2007). Knowing Our Neighbour: A Study of Islam for Christians in Malaysia. Councill Churches of Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
    38. Widiasari, N. (2018). Religious Intolerance in Indinesia:JPNN’s Coverage of the Bogos Case:Media Reviews, Asian Politics and Policy, 10(1):145-149.
    39. Yavuz, H. dan Esposito,J. (2003) ‘Introduction: Islam in Turkey: retreat from the secular path?’ dalam edisi H. Yavuz dan J. Esposito. Turkish Islam and the secular state, Syracuse: Syracuse University Press, xiii–xxxiii.
    40. Zaal, M. (2015). Islamiphobia in Classrooms, Media and Politics, Journal of Andolescent and Adult Literacy, 55(6):555-558