Perbualan masyarakat daerah Kuala Terengganu
List of Authors
  • Noraien Mansor , Normaliza Abd Rahim

Keyword
  • Perbualan, masyarakat, dialek, keyakinan, Kuala Terengganu

Abstract
  • Kajian ini memberi fokus kepada penggunaan bahasa Melayu dialek Terengganu melalui sembang kedai kopi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bahasa yang digunakan semasa bersembang di kedai kopi serta menganalisis sembang di kedai kopi dalam kalangan masyarakat di satu daerah di negeri Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada masyarakat yang berkunjung di kedai kopi di mukim Chendering, Chabang Tiga, Batu Rakit dan Banggol Paradong, Kuala Terengganu. Sebanyak 120 sampel kajian dipilih secara rawak yang terdiri daripada masyarakat yang berkunjung ke kedai kopi di sekitar daerah Kuala Terengganu. Subjek ditemu bual dan perbualan tersebut telah dirakam. Perbualan yang dipilih telah dianalisis bagi tujuan kajian ini. Keputusan kajian mendapati bahawa subjek lebih selesa menggunakan dialek daerah Kuala Terengganu dan keyakinan untuk memberi ujaran dalam dialek tersebut lebih ketara ketika mereka bersembang. Penggunaan kata singkatan, perkataan yang mengandungi bunyi ‘e’, pertukaran huruf ‘s’ kepada ‘h’ dan akhiran ‘g’ jelas digunakan oleh subjek. Adalah diharapkan agar kajian akan datang memberi tumpuan kepada masyarakat lain di Terengganu dalam penggunaan dialek yang berbeza.

Reference
  • 1. Ajid Che Kob. (1985). Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    2. Ajid Che Kob. (2007). Dialektologi. Dlm. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman (peny.) Linguistik Melayu (Ed. Kedua). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 127-143.
    3. Adi Yasran Abdul Aziz. (2011). Suku Kata Dasar Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Optimaliti. GEMA Online™ Journal of Language Studies. 11(2): 121-136.
    4. Asmah Hj. Omar. (1977). The Phonological Diversity of the Malay Dialects. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Asmah Hj. Omar. (1976). The Phonological Diversity of the Malay Dialects. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Asmah Hj. Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    7. Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    8. Chomsky, N. (1995). The Minimalist Program. Cambridge, MA: MIT Press.
    9. Collins, J. T. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Collins, J. T. (1991). Rangkaian Dialek Melayu di Pulau Borneo. Dewan Bahasa. 35(8): 687-696.
    11. Collins, J. T. (1995). Pulau Borneo Sebagai Titik Tolak Pengkajian Sejarah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. 40(10): 868-878.
    12. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin dan Harishon Radzi. (2011). Kata Soal Bila dalam Dialek Kedah Melayu Baling: Satu Analisis Sintaksis. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 11(1): 69-80.
    13. Hendon, R. S. (1966). The Phonology and Morphology of Ulu Muar Malay (Kuala Pilah District, Negeri Sembilan, Malaya). New Haven: Yale University.
    14. Holmes, J. (2001). An Introduction to Sociolinguistics. London: Longman.
    15. Ismail Hussein. (1973). The Malay Dialects in the Malay Peninsular. Nusantara, 3: 69-79.
    16. Jalaludin Chuchu. (2003). Dialek Melayu Brunei dalam Salasilah Bahasa Melayu Purba Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    17. Nothofer, B. (1997). Dialek Melayu Bangka. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    18. Zainal Abiddin Masleh & Mohd Sharifudin Yusop. (2010). Mandala dan Sikap Bahasa Etnik Bhuket. Jurnal ASWARA, 5(2): 85-96.