Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia
List of Authors
  • Salina Nen

Keyword
  • Kaunseling, bantuan kaunseling, kaunselor, perkhidmatan kaunseling, stigma

Abstract
  • Terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa perkhidmatan kaunseling di universiti tidak digunakan oleh pelajar secara optimum kerana faktor-faktor seperti stigma, masalah akses dan juga merasakan kaunseling sebagai tidak perlu. Ini menyebabkan pelajar hilang manfaat yang boleh diperolehi daripada perkhidmatan kaunseling di universiti. Justeru, kajian ini dilakukan untuk meneroka faktorfaktor yang menjadi halangan dan dorongan pelajar daripada mendapatkan perkhidmatan kaunseling di universiti. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dan soalan temubual separa berstruktur sebagai kaedah bagi meneroka pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di universiti. Skop soalan berkisar tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling bagi pelajar, faktor mendorong dan penghalang dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling professional, dan sumber rujukan utama pelajar sekiranya menghadapi masalah. Sejumlah 10 orang pelajar ijazah sarjana muda terlibat sebagai informan kajian ini. Secara spesifik, seramai 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan, dari pelbagai fakulti dan tahap pengajian terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi kemudian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa informan mengetahui tentang kebaikan perkhidmatan kaunseling. Antara kebaikan yang dilaporkan ialah kaunseling membolehkan pelajar mendapat bantuan kaunselor yang berkelayakan dan sebagai medium yang sesuai untuk meluahkan perasaan. Walaubagaimanapun, faktor-faktor penghalang iaitu stigma dan skeptisme mendominasi pandangan informan, sekaligus menyebabkan informan enggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Selain itu, didapati bahawa informan juga lebih bergantung dan mempercayai sokongan sosial iaitu keluarga dan rakan-rakan sebagai sumber rujukan utama apabila menghadapi masalah berbanding memilih kaunselor. Dapatan data ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mendidik pelajar tentang kebaikan perkhidmatan kaunseling dalam membantu mengatasi masalah personal dan untuk kesejahteraan mental jangka masa yang panjang.

Reference
  • 1. Ackerman, S. J., & Hilsenroth, M. J. (2003). A review of therapist characteristics and techniques positively impacting the therapeutic alliance. Clinical Psychology Review, 23(1), 1-33.
    2. Andrade, L.H., Alonso, J., Mneimneh, Z., Wells, J.E., Al-Hamzawi, A., Borges, G., & Kessler, R.C. (2014). Barriers to mental health treatment: results from the National Comorbidity Survey Replication. Psychological Medicine, 41, 1751–1761.
    3. Antonak, R. F., & Livneh, H. (2000). Measurement of attitudes towards persons with disabilities. Disability and Rehabilitation, 22(5), 211-224.
    4. Atik, G., & Yalchin, Y. (2011). Help-seeking attitudes of university students: the role of personality traits and demographic factors. South African Journal of Psychology, 41 (3), 328-338.
    5. Bayer, J. K., Peay, M. Y. (1997). Predicting intentions to seek help from professional mental health services. Australian and New Zealand Journal of Psychiatry, 31, 504–513.
    6. Byrne, P. (2000). Stigma of mental illness and ways of diminishing it. Advances in Psychiatric Treatment, 6, 65–72.
    7. Chamberlain, D., Muntaner, C., Walrath, C., Nickerson, K. J., LaVeist, T. A., & Leaf, P. J. (2000). Racial differences in attitudes toward professional mental health care and in the use of services. American Journal of Orthopsychiatry, 70(4), 455–464.
    8. Chandra, A., & Minkovitz, C. S. (2006). Stigma starts early: Gender differences in teen willingness to use mental health services. Journal of Adolescent Health, 38(6), 754.e1–754.e8.
    9. Corrigan, P. W., Edwards, A. B., Green, A., Diwan, S. L., & Penn, D. L. (2001). Prejudice, social distance, and familiarity with mental illness. Schizophrenia Bulletin, 27(2), 219–225.
    10. Eisenberg, D., Golberstein, E., & Gollust, S. E. (2000). Help-seeking and access to mental health care in a university student population. Medical Care, 45, 594-601.
    11. Eisenberg, D., Hunt, J., Speer, N., & Zivin, K. (2011). Mental health service utilization among college students in the United States. Journal of Nervous and Mental Disease, 199(5), 301–308.
    12. Fadilah Zaini dan Maisarah Ishak. (2006). Peranan Kaunselor Dalam Pembangunan Pelajar: Kajian Kes Terhadap Kaunseling Kelompok di Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM), Kuantan, Pahang. http://eprints.utm.my/147/2/FadilahZaini2006_Peranankaunselordalampembangunanpelaja r.pdf
    13. Furr., S.R., Westefeld, J.S., McConnell, G.N., & Jenkins, J.M. (2001). Suicide and depression among college students: A decade later. Professional Psychology: Research and Practice, 27, 97- 100.
    14. Gaughf, N. W., Smith, P. L., & Williams, D. A. (2013). Faculty and student perceptions of academic counselling services at an academic health science center. Perpective Medical Education, 2, 165-170.
    15. Kearns, M., Muldoon, O. T., Msetfi, R. M., & Surgenor, P. W. G. (2015). Understanding help-seeking amongst university students: the role of group identity, stigma, and exposure to suicide and help-seeking. Frontiers in Psychology, 6, 1-8.
    16. Link, B. G., Yang, L. H., Phelan, J. C., & Collins, P. Y. (2000). Measuring mental illness stigma. Schizophrenia Bulletin, 30(3), 511–541.
    17. Marsh, C. N & Wilcoxon, S. A. (2015). Underutilization of Mental Health Services Among College Students: An Examination of System-Related Barriers. Journal of College Student Psychotherapy, Vol. 29 (3), 227-243.A