Analisis interpretasi lirik dabus yang diamalkan oleh masyarakat di Bagan Serai Perak
List of Authors
  • Mohd Sharifudin Yusop , Nurfarhana Shahira Rosly

Keyword
  • Tarian dabus, interpretasi budaya, hubungan manusia dengan Tuhan, akulturasi kebudayaan

Abstract
  • Dabus merupakan permainan kekebalan dengan mencuba untuk melukai diri sendiri. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis aspek mesej dan amanat dalam lirik lagu persembahan Dabus masyarakat di Bagan Serai Perak. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis aspek mesej dan amanat yang terdapat dalam lagu yang dipersembahkan ketika perjalanan Tarian Dabus tersebut dilaksanakan. Penggiat Dabus muda dan juga golongan penari remaja Dabus di Bagan Serai Perak bertindak sebagai informan dalam kajian ini. Informan dipilih berdasarkan kepada penglibatan golongan tersebut dalam menyemarakkan lagi kebudayaan Dabus sebagaimana penghayatan mereka secara mendalam mengenai mesej dan amanat yang terkandung di dalam sesebuah lagu. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah temu bual, rakaman, pemerhatian dan manuskrip bertulis. Informan ditemu bual dengan cara diajukan soalan terbuka mengenai maksud sesebuah lirik lagu dan mesej tersirat yang terkandung di dalamnya. Data yang diterima dianalisis dengan mengaitkannya dengan Teori Sosial Sastera. Sosiologi sastera berasal daripada kata sosiologi dan sastera yang merupakan pendekatan yang bertitik tolak kepada orientasi seseorang pengarang. Hasil kajian memperlihatkan wujudnya mesej dan amanat dalam lirik lagu Tarian Dabus yang merungkai hubungan manusia dengan Tuhan, sosiobudaya, keindahan alam, kepahlawanan, pendidikan dan akulturasi kebudayaan. Kajian ini diharap dapat menyemai kembali semangat cintakan kesenian Melayu. Kajian mengenai kesenian Melayu sebegini seharusnya dipertingkatkan bagi mengangkat kembali kegemilangan bangsa Melayu agar tidak pupus ditelan zaman.

Reference
  • 1. A. Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad. (1994). Muzik dan Nyanyian Tradisi Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
    2. A. Aziz Deraman. (2005). Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Abdul Nasir Paisal. (2006). Interpretasi Lirik Lagu Bajau dari Sudut Sosiobudaya. Tesis Master. UPM. Serdang. Selangor DE.
    4. Abdul Wahab Esa. (2003). Dikir Hadrah: Cerminan Masyarakat Melayu Utara. Tesis Master. UPM. Serdang. Selangor DE.
    5. Anwar Din. (2003). Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    6. Amran Abdullah & Hamidah Husain. (1993). Tarian dan Permainan. Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
    7. Asmad. (1990). Kesenian Tari. Kuala Lumpur: Cetaknama Sdn. Bhd.
    8. Faruk DR. (2003). Pengantar Sosiologi Sastra dari Struktulisme Sampai Modernisme. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
    9. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Hasan Hamzah. (1997). Kamus Ensiklopedia Jilid (A-K). Selangor: Anzagain Sdn. Bhd.
    11. Md. Aripin Said. (1999). Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    12. Mohd Ghazali Abdullah. (1995). Teater Tradisional Melayu. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
    13. Mohd Ghouse Nasuruddin. (1994). Tarian Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    14. Mohd Ghouse Nasuruddin. (1995). The Malay Dance. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    15. Mohd. Taib Osman. (1984). Bunga Rampai: Aspect of Malay Culture. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    16. Mohd Taib Osman. (1984). Warisan Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    17. Noreta Muhamad. (2009). Pemikiran Melayu dalam Lagu Rakyat. Tesis Master. UPM Serdang. Selangor DE.
    18. Pradopo, Rachmat Djoko. (2001). Metodologi Penelitian Sastra. Yogyakarta: Hanindita.
    19. Rahimah Ahmad. (1975). Tarian-tarian Malaysia. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.
    20. Rohana Salim & Mohamed Roselan Malek. (1995). Tarian Tradisional. Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
    21. Roziman Bidin & Maziah Ab Rashid. (2007). Tarian Dabus: Satu Aplikasi Multimedia tradisi Melayu. Selangor: Universiti Teknologi Mara.
    22. Sapardi Djoko Damona. (1978). Sosiologi Sastra: Sebuah Pengantar Ringkas. Indonesia.
    23. Toha Yahya Omar. (2002). Haramkah Muzik, Menyanyi dan Menari Suatu Analisis “Hukum Seni Muzik, Seni Suara dan Seni Tari Menurut Islam”. Selangor: Semenyih Synergymate Sdn.Bhd.
    24. Wan Muhd Ruzanni Wan Mohammad. (2010). Kecenderungan Asimilasi Bahasa dan Nilai Budaya Melayu dalam Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Tesis Master. UPM. Serdang. Selangor DE.
    25. Wellek, Rene dan Austin Warren (1995). Teori Kesusasteraan. Jakarta: Gramedia.
    26. Williams J. Samauh (1993). Linguistik Lapangan (Panduan Kerja Lapangan Linguistik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    27. Williams J. Samauh (2003). Tarian Dabus: Siri Tarian Tradisional Melayu. Kuala Lumpur. OAK
    Enterprise.