Analisis Keperluan: Pembangunan Modul LEM bagi topik Pembangunan Pengaturcaraan Mikropengawal Untuk Guru Reka Bentuk Teknologi
List of Authors
  • Aidah Abdul Karim, Ivy Ting, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Baru-baru ini, perubahan dalam kurikulum telah menyebabkan pengenalan topik pengaturcaraan dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dilaksanakan untuk Tahun 4, 5, dan 6. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan membangunkan modul Let’s explore micro:bit (LEM) bagi meningkatkan pengetahuan pembangunan pengaturcaraan dalam mikropengawal guru RBT Tahun Lima. Dalam kajian analisis keperluan ini, dapatan soal selidik disokong dengan dapatan temu bual separa berstruktur. Seramai 54 orang guru RBT Tahun Lima dari sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sibu mengisi borang tinjauan manakala 2 orang guru RBT pula dipilih untuk ditemu bual. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan peratusan dan min melalui perisian SPSS versi 27 manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Hasil soal selidik menunjukkan nilai min tahap pengetahuan guru bagi topik pembangunan pengaturcaraan dalam mikropengawal adalah rendah iaitu 2.96 dan disokong oleh data temu bual yang melibatkan aspek keperluan pembangunan modul (sangat diperlukan) serta tahap pengetahuan guru (tidak boleh menguasai pengetahuan pembangunan pengaturcaraan dalam mikropengawal). Dapatan kajian turut menunjukkan guru RBT Tahun Lima lebih cenderung kepada modul yang memiliki elemen multimedia, elemen teknologi, prinsip-prinsip teori pemprosesan maklumat serta model kelas berbalik. Implikasinya, pembinaan modul LEM dapat meningkatkan pengetahuan pembangunan pengaturcaraan dalam mikropengawal bagi guru RBT Tahun Lima.


Reference
  • No Data Recorded