Kesan amalan bacaan Al-Quran dalam pembentukan keperibadian pelajar UiTM Pasir Gudang
List of Authors
  • Mohd Ali Muhammad Don , Mohd Shukri Mohd Senin

Keyword
  • Amalan, Bacaan Quran, Pembentukan, Pelajar

Abstract
  • Amalan membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang sangat dituntut oleh Islam. Ini dapat dilihat menerusi pelbagai galakan dan kelebihan yang dinyatakan di dalam ayat-ayat al-Quran sendiri dan juga hadis Rasulullah SAW. Amalan ini akan memberikan kesan yang sangat baik pada hati, jiwa dan kerohanian pembacanya. Walaupun demikian, amalan ini tidak dapat dilaksanankan oleh kesemua umat Islam lantaran beberapa kekangan yang wujud. Justeru, kajian yang dilaksanakan ini adalah bagi mengenalpasti kekerapan pelaksanaan amalan bacaan al-Quran dan kesannya terhadap pembentukan keperibadian yang memfokuskan hanya kepada pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Responden bagi kajian ini melibatkan seramai 103 orang pelajar yang mengambil pengajian peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan. Pemilihan responden adalah secara rawak. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik sebagai sumber utama dalam pengumpulan data daripada responden. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 dan dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden bersetuju dengan kesemua item yang ditanyakan berkaitan kesan-kesan yang akan diperolehi setelah membaca al-Quran dengan nilai peratusan dalam julat 83.5% sehingga 97.1%.

Reference
  • 1. Abd Aziz, N., Md Radzi, M., Mat Noor, N., & Ying-Leh, L. (2021). Penguasaan Bacaan Al-Quran Menerusi Tahsin Al-Quran. Jurnal Sains Sosial Dan Pendidikan Teknikal | Journal Of Social Sciences And Technical Education (JoSSTEd), 2(1), 51-58. Retrieved from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jossted/article/view/15190

    2. Azlina, A.M., Aida, R.Z. & Saat, S.A. (2007). Kebimbangan akademik dan kerjaya serta hubungan kekeluargaan: satu tinjauan terhadap golongan remaja di luar bandar. Malaysian Journal of Social Administration. 4(1). 74-83. Retrieved from https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-download.php?id=68323

    3. Daud, H.M., Yussuf, A. & Kadir, F.A.A. (2020). Pembentukan Akhlak Dan Sahsiah Pelajar Melalui Pembelajaran Sosial Menurut Perspektif Islam. e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities. 17(9). 75-89. Retrieved from https://mycite.mohe.gov.my/en/files/article/157168

    4. Hanapi, N. F., Wan Shaharuddin, W. Y., See, Y., & Lateh, N. H. M. (2022). Level of Quran Reading Proficiency: A case Study of Arabic Language Students in Malaysia. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 5(I), 100-111. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/208

    5. Hanapi, N. F., Wan Shaharuddin, W. Y., See, Y., & Lateh, N. H. M. (2022). Level of Quran Reading Proficiency: A case Study of Arabic Language Students in Malaysia. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 5(I), 100-111. Retrieved from http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/208

    6. Jaafar, N., Abd Ghani, Z, Tibek, S. R., Mohd Nor, A. H, Gunardi, S., Ismail, N. A., Darmi, R., Mat Saad, N. S., Idrus, M. M., Abdullah, H., Ishak, M., Ismail, H., & Sulaiman, A. (2017). Cabaran Institusi Pendidikan Pondok Serta Impak Terhadap Pembentukan Diri Pelajar. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 2(6), 223 - 235. Retrieved from https://mycite.mohe.gov.my/en/files/article/127046

    7. Matt, C.H. Introduction to Cronbach’s Alpha. Diperolehi pada 3 April 2024 daripada https://mattchoward.com/introduction-to-cronbachs-alpha/

    8. Noorhidayah Syed Aziz, S., Anwar @ Johari Mastor, K., & Dzulkifli, I. (2021). Pelaksanaan Amalan Sunat dan Hubungannya dengan Kecemerlangan Sahsiah Pelajar Tahfiz di Selangor: The Performance of Sunnah Practice and Its Relationship with Personality Excellence of Tahfiz Students. Jurnal Pengajian Islam, 14(1), 77–90. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/100

    9. Rafee S & Mubarak A.N. (2022). Ketagihan Gajet Di Kalangan Pelajar Sebuah Sekolah Di Pulau Pinang: Kajian Kes Menggunakan Intervensi Tazkiyah An Nafs. Journal Contemporary of Islamic Counselling Perspective (JCICP), 1(1), 88-102. Retrieved from https://jcicp.unishams.edu.my/images/Vol1No1August2022/9-JCICP_VOL_1_ISSUE_1_2022_-SHAHIRAH.pdf

    10. Rosle, I.R. & Abu, B.M.S. (2022). Kesan Filem-Filem Tayangan Di Netflix Terhadap Masyarakat Di Malaysia Semasa Pandemik Covid-19. Borneo Akademika. 6(1). 1-11. Retrieved from https://borneoakademika.uitm.edu.my/scan/111.pdf

    11. Rosly, N.F., Ali, T.I.M.T.M., & Hashim, N. (2018). Nafsu Lawwamah Dalam Novel Tautan Hati. Jurnal Melayu. 17(1). 16-30. Retrieved from https://mycite.mohe.gov.my/en/files/article/131850