Pengaruh ideologi estetik media ‘the malayan emergency (2010)’ dalam isu komunis dan keselamatan negara
List of Authors
  • Lo,h Yoke Ling , Mohd. Nor Shahizan Ali

Keyword
  • Dokumentari; Estetik Media; Ideologi; Komunis; Keselamatan; Teknologi

Abstract
  • Filem dokumentari yang bersifat merepresentasikan ‘realiti’ merupakan salah satu medium media yang berkreadibiliti tinggi memberi laluan yang lebih mudah bagi golongan dominan dalam menyalurkan ideologi mereka kepada golongan khalayak sasarannya. Filem dokumentari memainkan peranan yang penting sebagai alat pemerintahan kolonial dan kawalan sosial dalam sesebuah masyarakat demi kestabilan dan keselamatan negara. Teknik penerbitan merupakan salah satu faktor yang penting dalam menghasilkan filem dokumentari propaganda supaya filem dokumentari yang dihasilkan mendapat sokongan rakyat dalam menghapuskan ancaman rakyat. Perkembangan teknologi yang pesat telah mendorong kepada peningkatan terhadap penggunaan visual yang lebih berkesan untuk mengkonstruk makna supaya ia mencapai ideologi yang ingin disampaikan kepada khalayak sasaran terutamanya dalam filem dokumentari. Lima bidang asas estetik media dalam video dan filem iaitu pencahayaan atau warna, ruang dua dimensi, ruang tiga dimensi, masa dan pergerakan serta bunyi digunakan dalam filem dokumentari mengkonstrukkan makna ataupun ideologi yang memihak kepada golongan tertentu. Kajian ini telah menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengkaji bagaimana ideologi filem dokumentari The Malayan Emergency (2010) dikonstrukkan dengan menggunakan lima bidang asas estetik media. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan lima bidang estetik media adalah bertujuan untuk menambahkan kesan dramatik, realistik, menimbulkan emosi, dan situasi tegang dalam filem dokumentari ini. Video telah digunakan sebagai instrumen untuk membuat ancaman terhadap keselamatan negara, namun video seperti filem dokumentari juga merupakan satu sentaja yang tidak kurang hebatnya dalam menghapuskan ancaman terhadap keselamatan negara. Idelogi-ideologi yang tersulam dalam estetik media seharusnya digunakan dalam penerbitan filem dokumentari terutamanya filem dokumentari sejarah supaya ia dapat mengbangkit semangat patriotik demi menjaga kestabilan dan keselamatan negara.

Reference
  • 1. Ahmad Suffiyan Abu Hassan. (2016). DAESH: Kebangkitan dan pengaruh media sosial. Jurnal Komunikasi. 32(2): 381-404.
    2. Asiah Sarji, Faridah Ibrahim & Shamsubaridah Ramlee. (2009). Industri Dokumentari Di Malaysia: Isu dan Hala Tuju. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
    3. Dol Ramli. (1973). "Peranan Sebaran Am Dalam Usaha Mengujudkan dan Memupuk Keperibadian Kebangsaan Malaysia." Asas Kebudaymn Kebangsmn. Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan.
    4. Juliana Abdul Wahad. (2011). The more the merrier? Current trends in future directions of Malaysian television industry in the era of marketisation. Journal of Comparative Asian Development.6(2): 219-245.
    5. Ho Hui Ling. (2004). Darurat 1948-1960. Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
    6. Messaris, P. (2012). Visual ‘literacy’ in the digital age. The Review of Communication. 12(2): 101- 117.
    7. Mohd. Nor Shahizan Ali & Novel Lyndon (2015). Communists as saviors – Reading from real teenage community generation. Mediterranean Journal of Social Sciences. 6(4): 102-107.
    8. Mohd. Nor Shahizan Ali, Hasrul Hashim, Sabariah Mohamed Salleh, Jamaluddin Aziz & Novel Lydon. (2012). Dokumentari The Kinta Story (1949): Representasi dan konstruksi citra warisan di sebalik teknik penerbitan dokumentari sejarah. Malaysian Journal of Society and Space. 8(8):149-157.
    9. Nicholson, W. F. (2010). Cinematography and character depiction. Media Global Journal. 4(2): 1- 16.
    10. Pearce, M. (2015). Fragmenting American myths: Ideology and counter-ideology in the documentary film of Frederick Wiseman, Louise Malle and Michael Moore. Studies in Documentary Film. 9(2): 161-171.
    11. Rajagopal, A., & Vohra, P. (2012). On the aesthetics and ideology of the Indian documentary film. A conversation. BioScope: South Asia Screen Studies: I(7): 7-20.
    12. Roe. D. L. (2002). Framing the frontier heroine-in a better light: Production aesthetics and positive portrayals in the CBS miniseries True Women. The Florida Communication:30(2): 72-85. The Sun Daily, 2010. 13 Ogos.
    13. Thoman, E. & Jolls, T. (2004). Media Literacy – A national priority for a changing world. American Behavioral Scientist 48(1): 18-29.
    14. Utusan Malaysia, 2010. 17 Ogos.
    15. Utusan Malaysia, 2011. 26 Januari.
    16. Whiting, G. (2001). Encouraging technological literacy in the Richmond City Schools: The standards have provided legitimacy for the teaching of elementary Technology. The Technology Teacher. 61:88-102.
    17. Ye Jing Yi, Mohd Helmi Abd Rahim & Shahrul Nazmi Sannusi. (2016). Techniques application on cultural and artistic documentary production: a study of simon schama’s power of the art. Malaysian Journal of Communication. 32(2): 489-524.
    18. Zettl, H. (1998). Contextual media aesthetics as the basic for media literacy. Journal of Communication. 81-95.
    19. Zettl, H. (2013). Sight Sound Motion: Applied Media Aesthetics. Edisi ke-7. United State of America: Wadsworth Cengage Learning. Vol. 15, No.