Meneroka Pengetahuan, Kompetensi Dan Cabaran Guru Bimbingan Dan Kaunseling Terhadap Pelajar Pendidikan Khas
List of Authors
  • Mohd Izwan Mahmud, Nur Hazira Hamsi, Ruhizan Mohd Yasin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah adalah menjalankan perkhidmatan kaunseling secara professional kepada semua kategori pelajar iaitu pelajar aliran perdana dan pelajar di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Penelitian daripada kajian lepas mendapati bahawa kurangnya kajian yang melihat dari segi perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berfokus kepada pelajar pendidikan khas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui lebih mendalam lagi berkenaan perkhidmatan guru Bimbingan dan Kaunseling dari segi pengetahuan guru kaunseling tentang Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), kompetensi dan cabaran kepada pelajar pendidikan khas. Kajian ini mengunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian temubual berfokuskan kumpulan. Seramai 5 orang responden yang terdiri daripada guru Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah berpengalaman dalam pendidikan selama 2 hingga 10 tahun. Hasil kajian menunjukkan perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling kepada pelajar pendidikan khas adalah memuaskan dari segi pengetahuan guru kaunseling tentang PPKI. Kompetensi guru bimbingan dan kaunseling telah diberikan tumpuan kerana cabaran perkhidmatan kepada pelajar pendidikan khas bukan sesuatu yang mudah. Latihan secara praktikal ada dilakukan bagi menangani kekurangan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar golongan pendidikan khas.


Reference
  • No Data Recorded