Kajian Sistematik: Enam Topi Pemikiran Dan Pemikiran Kritis
List of Authors
Nur Afiqah Nordin, Shahlan Surat
Keyword
Enam Topi Pemikiran, Edward De Bono, Pemikiran Kritis, Kemahiran Berfikir
Abstract
Pemikiran kritis kini menjadi keutamaan kepada generasi akan datang untuk membentuk budaya berfikir yang perlu diterapkan dalam setiap golongan masyarakat. Pemikiran kritis ialah suatu proses pemikiran yang disusun untuk menyelesaikan masalah dengan menganalisis setiap maklumat dalam pelbagai aspek. Oleh itu, Enam Topi Pemikiran membantu kepada pemikiran kritis setiap individu. Kajian sistematik ini dijalankan bagi membuat tinjauan dan menganalisis secara kritis bagi mengenalpasti penggunaan Enam Topi Pemikiran terhadap pemikiran kritis. Kajian telah mengenal pasti 16 artikel terkini berkaitan Enam Topi Pemikiran dan Pemikiran Kritis melalui dua enjin carian pangkalan data iaitu google scholar dan research-gate. Artikel dan jurnal yang digunakan bermula dari tahun 2019-2024. Carta alir PRISMA digunakan sebagai kaedah pemilihan artikel.Berdasarkan dapatan kajian literatur sistematik ini 7 artikel memberi fokus mengenai penjanaan idea, 9 artikel membincangkan mengenai berfikir dalam pelbagai sudut perspektif dan 8 artikel membincangkan mengenai penyelesaian masalah.Penggunaan Enam Topi Pemikiran dapat membantu setiap lapisan masyarakat untuk melatih diri berfikir secara kritis.Penyelidikan lanjut dapat dilaksanakan dengan menguji keberkesanan teknik Enam Topi Pemikiran terhadap pemikiran kritikal terutamanya dalam institusi pendidikan.